Menangis Abang Cangkul Semasa Ditangkap Polis

loading...



KULAI - Video rakaman dua lelaki mengasari dan mencederakan dua kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ), viral di media sosial, semalam. 

Dalam kejadian di Kampung Melayu Kulai itu, dua kakitangan SAJ berkenaan telah memotong bekalan air ke rumah penghuni rumah tersebut selepas mereka gagal melunaskan bayaran bil air yang tertunggak selama tiga bulan. 

Johor Bahru: Berikutan video viral yang menunjukkan dua orang lelaki cuba mencederakan pekerja kontraktor dilantik SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ), pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, mereka telah berjaya menahan kedua-dua suspek semalam di lokasi dan pada waktu berasingan.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut," katanya.

Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki telah bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.

Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul.


Akibat kejadian itu mangsa dan rakannya mengalami kecederaan 'soft tissue'. -

Pada awalnya, seorang lelaki berusia berbaju putih dipercayai cuba berbincang dengan dua kakitangan SAJ berkenaan. Namun tiba-tiba mereka dihampiri oleh seorang lelaki muda yang tidak berbaju memaki hamun mereka dan meminta bekalan air disambung semula. 

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki usia pertengahan mendesak mereka menyambung bekalan air. Namun kakitangan terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana arahan telah diberikan. 

"Kau pasang je, mak aku pergi bayar," lelaki usia pertengahan itu.


Berang dengan keengganan kakitangan terbabit, dua lelaki berkenaan bertindak menumbuk dan menerajang kakitangan SAJ itu. Lelaki berbaju putih itu bagaimanapun cuba menghalang mereka berdua, namun tidak diendahkan. 

Belum berakhir di situ, salah seorang mengambil cangkul dan mengugut mahu mencederakan mangsa. 

Video yang dimuat naik oleh Kapten Ben itu telah 926,000 kali di laman Facebook. Malah, gambar lelaki yang memegang cangkul itu kini menjadi bahan troll di media sosial.
















Difahamkan, kakitangan SAJ sebelum ini pernah cuba memotong bekalan air mereka sebanyak tiga kali. Namun gagal berbuat demikian.
loading...

0 Response to "Menangis Abang Cangkul Semasa Ditangkap Polis"

Post a Comment