TUISYEN ... Suruh Tidak, Halang Pun Tidak

loading...
TUISYEN ... Suruh Tidak, Halang Pun Tidak

Saya kendali Seminar Sehari Strategi / Motivasi Belajar 2 hari lalu di USM. Ada dua (dari kira2 90 peserta) orang pelajar perempuan Tknt 5 duduk di belakang sekali ... dipaksa datang ke Seminar agaknya (boleh kenal dari monyoknya muka mereka). Saya dah cakap awal2 sama ada anda dipaksa atau tidak datang ke Seminar ... kini dah sampai ke tempat Seminar lebih baik berusaha memanfaatkan sepenuhnya kehadiran. Jika tidak anda sedang menyeksa diri (marah2 mak-ayah yang paksa anda ke Seminar) di Seminar ini. Kesian, seksa diri !!

Saya kerap dan selalu jumpa pelajar begitu (datang kena paksa). Tetapi setelah diikuti sejam Seminar mereka seronok dan aktif pula libatkan diri. Namun dua orang peserta berkenaan tidak pula nampak boring selepas itu, namun tidak juga nampak ceria dan aktif macam peserta lain.

Bila bermula Sesi Petang, tiba2 hilang. Saya diberitahu oleh pembantu saya bahawa ibu mereka datang mengambil balik atas alasan "nak ke tuisyen". Terkejut saya. Jika ditanya pada saya jawapan saya ringkas "NO, NO, NO !!!". Kalau dah tau ada tuisyen buat apa datang Seminar ?"
Saya maklumkan kpd peserta lain usah bertindak begitu. Kata saya SEMINAR ini setahun sekali. TUISYEN seminggu 2 atau 3 kali. FIKIR2 lah.

Lazimnya apabila saya conduct Seminar di Sekolah saya akan awal2 lagi tanya peserta siapa yang hanya akan ikuti Seminar Sesi Pagi kerana petang akan ke tuisyen. Jika ada peserta begitu saya akan awal2 suruh mereka keluar dan tidak perlu hadiri Seminar. Ikut seminar separuh jalan macam tengok wayang sekerat. Mana nak dapat ilmu yg complete.

Ramai orang tanya saya mengenai keperluan tuisyen.
Jawapan saya mudah, ringkas dan senang.

"Anak saya 10 orang. Sorang pun tidak ke tuisyen (kecuali seorang pergi sekejab untuk satu subjek sahaja sebab dia merangkak subjek itu. Tu pun beberapa minggu sahaja). Namun kesemua Yyang 10 orang tadi yang tidak ke tuisyen itu dapat masuk universiti".
Banyak sangat tuisyen meletihkan. Meletihkan anak (pagi sekolah, petang tuisyen, malam latihtubi dsb.) dan meletihkan mak-ayah (hantar dan ambil). Belajar perlu konsentrasi. Konsentrasi perlu tenaga. Jika keletihan .... !!!

Saya terapkan anak saya dengan strategi belajar yang mantap, sikap pemikiran yang positif dan yakin diri, matlamat yang jelas, khusus dan mencabar, disiplin diri menjaga masa dan kawan, usaha berterusan sepanjang tahun dan pohon bantuan Illahi. Saya katakan pada mereka "kejayaan adalah pilihan sendiri". You decide your future. You chart your own destiny. Life is a do-it-yourself project. .... Perkara2 inilah di antara perkara yang saya kongsi dengan mendalam berserta panduan lengkap dengan peserta dalam Seminar saya.
Rumusan saya:
Nak ke tuisyen .... silakan. Saya tidak suruh !
Tak nak ke tuisyen ... its perfectly OK. Saya tidak halang !
Namun fikir2lah jangan jadikan Malaysia an "over-tuition nation". 
Too much tuition, too young going for tuition is NOT the way.
Tuisyen ... suruh tidak, halang pun tidak.

Dr Shukri Abdullah

loading...

0 Response to "TUISYEN ... Suruh Tidak, Halang Pun Tidak"

Post a Comment