Didera Mentua Dan Suami, Dipisahkan Dengan Anak, Ibu Muda Ini Berjuang Demi Anaknya

loading...
Mereka ketawakan aku perlekehkan aku sebabkan aku sedih dan kecewa untuk anak aku.. 😊 Memperlekehkan hati seorang ibu.. Selama 9 bulan mengandung aku diterajang dicekik ditumbuk ditampar. Selama itulah aku sabar tak mengadu kepada sesiapa walau ibubapa aku jua tak tahu. Aku hanya senyum. Menangis di belakang senyuman. Dan mereka? Tertawakan.. Tiada hati.. Iblis.

Jangan tanya pasal lawyer & so on. Selama sebulan aku beri tempoh untuk settle secara damai. Meminta untuk dilepaskan secara baik. Tetapi? Aku diugut untuk gantung tak bertali. Aku dimaki hamun katakan aku bodoh. Dan pelbagai lagi kalau aku nyatakan disini boleh buat novel bersiri. 

Orang kata, baik berpada pada. Menyesal aku baik tak berpada pada. Kononnya fikirkan dia seorang bapa kepada anak. 

Aku tak malu post semua keburukan aku disini. Aku bukan sesiapa. Aku cuma Ayu. Tak ada siapa peduli. Di facebook sahaja tempat aku kumpul semangat. 

KEMPEN " FIGHT FOR FATTEH - Kembalikan hak penjagaan bayi kepada ibunya "


Bermula hari ini segala ikhtiar sedang digerakkan melalui saluran undang-undang Syariah setelah usaha yg lebih diplomasi bagi menutup aib keluarga masing-masing bukan sahaja ditolak mentah-mentah malah disulami pula dengan kata-kata fitnah, nista serta berbaur ugutan kerana mereka merasa diri mereka lebih kaya, lebih Islam dan lebih besar dari hukum Allah. Kami yakin,

Masih ramai manusia di luar sana yg tidak boleh disogok dgn wang ringgit... 

Masih ramai cerdik pandai di luar sana yg ilmu agamanya bukan untuk dijual beli.... 

Masih ramai insan di luar sana yg bijak menilai baik buruk duduk perkara....

Kebenaran pasti terbukti, Kejahilan pasti tersingkap...

ANDA boleh like, share berserta memberi Dalil Mengapa " KEMPEN FIGHT FOR FATTEH - Kembalikan hak penjagaan bayi kepada ibunya " mampu memperolehi kejayaan dan seterusnya meletakkan taraf seorang ibu ditempat yg sepatutnya.... Insyallah,
Doa kan kami..

ALLAH KAN ADA . Ayu Aziz





loading...

0 Response to "Didera Mentua Dan Suami, Dipisahkan Dengan Anak, Ibu Muda Ini Berjuang Demi Anaknya"

Post a Comment