Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki Pagi Tadi

loading...

 Nur Darleen Dazeera Azhar 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, di sini, dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di hadapan rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi. 


Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah. Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa. 


"Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu. "Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian," kataya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.



loading...

0 Response to "Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki Pagi Tadi"

Post a Comment