HIBA menyelubungi ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah


Saran tubuh Suruhanjaya Siasatan

HIBA menyelubungi ahli keluarga selepas mengecam mayat mangsa di Jabatan Forensik, HSA.


Johor Bahru: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Surahanjaya Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian kebakaran melibatkan wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dalam kejadian 9 pagi hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci yang dijalankan dapat digunakan untuk tujuan pengubahsuaian dan penyelenggaraan terutamanya hospital lama di seluruh negara.


Ahmad Zahid turut mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dapat membentangkan laporan siasatan kepada kabinet susulan kejadian kebakaran yang meragut enam nyawa pesakit yang menerima rawatan di wad ICU di aras dua bangunan induk HSA.

"Saya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran yang meninggal dunia dan saya bersyukur bagi pesakit yang berjaya diselamatkan.

"Saya juga ingin mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca kejadian bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya di sidang media di perkarangan rumah mayat di HSA, di sini.

Ahmad Zahid tiba di perkarangan rumah mayat berkenaan kira-kira jam 4.30 petang untuk bertemu dengan waris mangsa kebakaran HSA yang meninggal dunia.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

0 Response to "HIBA menyelubungi ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah"

Post a Comment