Remaja Hina Kematian Mangsa Hospital Sultanah Aminah

loading...



Ini bukan suatu perkara yang baharu apabila terjadinya sesuatu bencana di Malaysia. Pada masa yang sama, pasti kedengaran status-status kurang matang dikongsikan oleh remaja kita melalui media sosial.

Terbaru, status yang dimuat naik oleh seorang remaja dengan wajahnya seiras aktor Aaron Aziz yang bukan sahaja tidak matang, malah boleh dikatakan melampau.

Kata remaja itu, kejadian kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada pagi ini merupakan suatu bala atau malapetaka.

“Bukan nak cakap mulut jahat tapi tu la bila dah terlalu riak dan angkuh, Allah dah tunjukkan satu persatu lepas kalah AFC dan sekarang yang ini (hospital terbakar) pulak” katanya.

“Sesungguhnya Allah membenci golongan yang riak dan angkuh ni sehingga Allah kirimkan satu bala ke atasnya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, konon punca kekalahan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di tangan sebuah kelab dari negara India ketika Piala AFC baru-baru ini adalah disebabkan sikap angkuh sesetengah ‘Bangsa Johor’.

Kata-katanya menunjukkan yang sebenarnya ada rasa tidak puas yang membuak di jiwanya.

Sebenarnya, status pemuda ini bukan sahaja tidak menghormati jenazah dan keluarga arwah, malah menunjukkan tahap mentaliti yang gamaknya gemar ‘menunggang agama’ di kala melihat kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh orang lain.

Walaupun, niatnya mungkin ingin mengingatkan orang ramai, namun apabila berkait dengan kematian, ia bukan lagi urusan kita dan setidak-tidaknya pasti ada lagi perkara yang indah dan sedap untuk diungkapkan. Bukannya status yang jelas menonjolkan ciri-ciri seorang ‘ustaz segera’ yang tidak prihatin menerusi laman sosial.

Diharap pemuda ini sedar dan tampil memohon maaf kepada semua pihak.
loading...

0 Response to "Remaja Hina Kematian Mangsa Hospital Sultanah Aminah"

Post a Comment