Kandungan Dalam Minyak Yu Yee

loading...
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menerusi satu kenyataannya mengesahkan minyak Yu Yee adalah halal.




“Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman sesawang www.halal.gov.my,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.


Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya khabar angin yang mendakwa minyak Yu Yee tidak halal kerana mengandungi bahan berunsur babi sejak beberapa tahun lalu.



Minyak yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. ini biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut.

Dalam pada itu, Jakim turut memaklumkan menerusi laman Facebooknya bahawa dakwaan mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 mengandungi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

“Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah,” tulis kenyataan itu lagi.
loading...

0 Response to "Kandungan Dalam Minyak Yu Yee "

Post a Comment