Tak Perlu Niat Puasa Jika Telah Bangun Sahur? : Ini Jawapan Dr Rozaimi

loading...
[ Bab Niat Puasa Dengan Hanya Bangun Sahur?]

Ramai juga tidak bersetuju dengan kenyataan saya bahawa bangun makan sahur sudah dikira seseorang itu sudah berniat puasa. Ada yang kata saya kurang berhati-hati dalam memberikan pandangan. Ada juga yang kata saya mengelirukan. Di sini saya bawakan pandangan mazhab syafie tentang isu ini. Kata al-Syarbini:

والمعتمد أنه لو تسحر ليصوم، أو شرب لدفع العطش نهارا، أو امتنع من الأكل أو الشرب أو الجماع خوف طلوع الفجر، كان نية إن خطر بباله الصوم بالصفات التي يشترط التعرض لها، لتضمن كل منها قصد الصوم.
Pandangan yang muktamad (dalam mazhab syafie) jika dia BERSAHUR UNTUK BERPUASA, minum (waktu malam) supaya tidak dahaga esok hari atau meninggalkan makan, minum dan jimak kerana bimbang terbitnya fajar (kerana bimbang puasanya akan terbatal) ITU SEMUA ADALAH NIAT jika terlintas di jiwanya puasa dengan sifat yang disyaratkan untuk dilintaskan kerana semua perbuatan itu menunjukkan tujuan berpuasa.

Jelas di sini bahawa niat puasa itu tidak susah mana. Bahkan pengarang kitab al-Ikhtiar yang bermazhab hanafi menjelaskan dengan lebih jelas:

اعلم أن النية شرط في الصوم وهو أن يعلم بقلبه أنه يصوم، ولا يخلو مسلم عن هذا في ليالي شهر رمضان.
Ketahuilah bahawa niat adalah syaraf dalam puasa iaitu seseorang mengetahui dalam jiwanya bahawa dia akan berpuasa. Dan tidak ADA ORANG MUSLIM YANG JIWANYA KOSONG DARI NIAT INI di malam-malam bulan Ramadhan.
Kalau betul saya tidak faham atau mengelirukan,bagaimana dengan pengarang kitab mazhab ini? Adakah mereka juga kurang cerdik seperti saya atau anda yang kena semak diri sendiri?
Dr Rozaimi Ramle
loading...

0 Response to "Tak Perlu Niat Puasa Jika Telah Bangun Sahur? : Ini Jawapan Dr Rozaimi"

Post a Comment