Kedudukan Tumit Yang Betul Dalam Sujud : RAPAT ATAU RENGGANG?

loading...


TUMIT KETIKA SUJUD: RAPAT ATAU RENGGANG?
Assalamualaikum.
Manakah yg lebih shahih, dirapatkan atau direngangkan?
Jawapan:
قَالَتْ عَائِشَةُ زَوْجِ النَّبِيِّ : فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ مَعِي عَلَى فِرَاشِي ، فَوَجَدْتُهُ سَاجِدًا رَاصًّا عَقِبَيْهِ ، مُسْتَقْبِلا بِأَطْرَافِ أَصَابِعِهِ الْقِبْلَةَ ، فَسَمِعْتُهُ ، يَقُولُ : " أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ ، وَبِكَ مِنْكَ ، أُثْنِيَ عَلَيْكَ لا أَبْلُغُ كُلَّ مَا فِيكَ " .
Aisyah radiallahu 'anha berkata: Aku kehilangan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sedangkan baginda bersama aku di atas katil. Lalu aku mendapati baginda sedang sujud dengan keadaan tumitnya dirapatkan, dan jari jemarinya menghadap qiblat..... [Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab as-Solat, hadis no: 637]
Hadis yang secara jelas menyebutkan dirapatkan tumit yang diriwayatkan dalam Al-Mustadrak oleh Al-Hakim dan Sahih Ibnu Khuzaimah adalah hadis yang dhaif. Lafaz 'tumitnya dirapatkan' adalah lafaz yang syaz yang tidak ditemui dalam riwayat-riwayat lain yang lebih kuat.
Akan tetapi terdapat hadis sahih yang secara 'indirect' menunjukkan bahawa tumit Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam rapat ketika sujud.
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ " اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ " .
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: Pada satu malam, aku mendapati Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tiada di tempat tidur. Aku mencarinya, lalu tangan ku tersentuh dua kakinya, ketika itu baginda sallallahu 'alaihi wasallam sedang sujud, kedua-dua kakinya ditegakkan.... [Sahih Muslim,Kitab as-Solat, hadis no : 486]
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini.
Majoriti ulama menyatakan bahawa tumit dijarakkan sebagaimana anggota yang lain.
Manakala ulama kontemporari seperti Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin menyatakan sunnah dirapatkan berdasarkan hadis Sahih Muslim di atas kerana bagaimana Aisyah boleh sentuh tapak kedua kakinya jika ia renggang? Ini isyarat ia rapat ketika baginda sujud.
Kesimpulan:
Dalam bab ini, Dr. Rozaimi berpegang bahawa disunnahkan merapatkan tumit ketika sujud sebagaimana hadis sahih dalam Sahih Muslim di atas.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
loading...

0 Response to "Kedudukan Tumit Yang Betul Dalam Sujud : RAPAT ATAU RENGGANG?"

Post a Comment