Pembantu rumah campur air kencing dalam susu anak majikan



ELA mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia empat tahun. 

SINGAPURA: Gara-gara tidak berpuas hati selepas ditengking mentua majikannya, seorang pembantu rumah tergamak mencampurkan air kencing ke dalam susu anak majikannya yang berusia empat tahun. 

Tidak cukup dengan itu, pembantu rumah berasal dari Indonesia turut mencampurkan najis itu ke dalam bekas air yang diminum keluarga majikannya itu. Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari majikannya apabila air diminumnya mempunyai rasa ganjil dan mengesan pembantu rumah itu mengambil bekas air dari bilik tidurnya dan mencucinya. 


Beliau kemudian, menghantar pembantu rumahnya ke agensi semula di mana dia akhirnya mengaku perbuatannya. Pembantu rumah yang dikenali sebagai Ela, 27, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan perbuatan keji itu supaya keluarga majikannya mendengar dan patuh kepadanya. Perbuatannya mendapat balasan setimpal apabila dia dipenjarakan selama enam minggu kerana atas tuduhan melakukan kerosakan. - Agensi

0 Response to "Pembantu rumah campur air kencing dalam susu anak majikan"

Post a Comment