Duit Patut Hulur Pasangan Atau Ibu Ayah Dulu? Ini Jawapannya Duit Isteri Tapi Suami Nak 'Sapu'

loading...

Hampir 20 bulan yang dibina atas kasih dan sayang kini hambar sebab sikap suami yang marah-marah dan mencaci maki dirinya termasuk ibunya (mentua si suami) hanya kerana si isteri tak mahu tunaikan kehendaknya – menyerahkan wang lebih banyak berbanding sebelumnya iaitu RM5,000 sebulan. Ya, banyak tu!


Ini dilema seorang isteri yang tak diberikan sebarang wang untuk pembiayaan keperluannya (jawatan yang sama cuma berbeza tempat kerja) rasa tak sedap hati bila suami meminta wang lebih apatah lagi bila suami enggan menjawab ke mana wang tersebut dibelanjakan. Yang sedih sebab isteri tak tunaikan kehendak isteri, suami marah sungguh. 


Kata suami; duit yang diperoleh oleh isteri adalah miliknya kerana dia benarkan si isteri bekerja. Persoalannya; adakah benar hasil perolehan si isteri daripada titik peluhnya bekerja adalah hak milik si suami kerana si suami membenarkannya bekerja?



Mana mungkin Islam yang terkenal sebagai agama yang mudah, mengambil berat isu kebajikan kaum wanitanya menyarankan macam tu sekali? Islam memandang tinggi pengorbanan kaum wanita yang keluar bekerja bagi membantu suami membiayai keperluan kewangan keluarga. 


BACA: Ambil Duit Isteri Tanpa Kebenaran



Ingat ya, membantu suami! Bukan mengambil alih tanggungjawab suami. Isteri hanya membantu menambah bahagian yang tak cukup setelah si suami berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kalau suami kedekut menggunakan hasil pendapatannya untuk menyara isteri dan anak-anak kerana telah membenarkan si isteri bekerja, si suami jenis ini tergolong dalam kategori suami yang zalim dan dilaknat oleh Allah!



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidaklah para hamba berada pada waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari.



KOS ULANG-ALIK
Ok kalau kes suami mampu tapi masih beri peluang isteri bekerja, suami kena tanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami, nak guna hasil pendapatan isteri untuk perbelanjaan rumah tangga, itu dikira sebagai berhutang dengan si isteri. 



Kalau nak kira zaman globalisasi yang mencabar ni, memang satu bonus dan keperluan bagi sesetengah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami. Tapi jangan pulak sampai ambil kesempatan ya.



DUIT HULUR ISTERI ATAU IBU BAPA DULU
Kes ni memang selalu berlaku, asyik gaduh kalau bab duit. Tapi inilah hakikat, isteri yang  bekerja juga ada hak menggunakan segala hasil pendapatannya tanpa izin suami dengan syarat tidak melanggar syarak. Isteri berhak memberikan sejumlah wang kepada ibu bapa tanpa dimaklumkan kepada si suami.



Berbeza dengan suami; dia perlu beritahu si isteri – bukan minta izin – untuk berikan sejumlah wang kepada kedua ibu bapanya. Sebab tanggungjawab si suami yang lebih utama ialah isteri dan anak-anaknya kemudian barulah ibu bapanya.



Biar perbelanjaan tenat dan padat, usahakan juga untuk berikan sedikit buat ibu bapa masing-masing – suami dan isteri – agar rezeki lebih berkat, mudah dan murah, insya-Allah!
loading...

0 Response to "Duit Patut Hulur Pasangan Atau Ibu Ayah Dulu? Ini Jawapannya Duit Isteri Tapi Suami Nak 'Sapu'"

Post a Comment