Najib: Kenapa rakyat tak kata kerajaan baik bila harga barang turun

loading...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tak adil jika rakyat salahkan kerajaan bila harga barang seperti minyak naik dan tidak pula kata kerajaan baik, bila harganya turun.

Menurut Perdana Menteri, berkata program penurunan harga patut akan diperluaskan ke kawasan lain bagi memberi manfaat kepada rakyat
"Kerana kalau kita tak ambil tindakan, kerajaan yang dipersalahkan. Seolah2 bila barang naik, kerajaan salah. Bila harga minyak naik, kerajaan salah. Bila harga minyak turun, dia tak kata pula kerajaan baik. Ini saya nampak tak adil dalam hal ini".

Daripada dulu lagi aku perati je perangai Najib neh. Dia macam tak faham-faham bidang kuasa kerajaan dan had seorang individu biasa macam kita.

Sememangnya kerajaan patut dipersalahkan jika peniaga menipu dan memanipulasi harga jualan product dan perkhidmatan mereka.

Ini kerana kita punya ruang undang2 untuk menghukum peniaga-peniaga yang jahat. 

Kerajaan siap upah penguatkuasa untuk memantau peniaga2 tersebut kan. Dah kalau tak ambil tindakan bermaksud tak menjalankan tugas. Bila tak menjalankan tugas apa salahnya rakyat menyalahkan kerajaan? Duhh Najib. Ko neh dah kenapa.

Tentang harga minyak naik ataupun turun, kan ko sendiri yang tetapkan bahawa harga minyak sekarang akan dijual mengikut pasaran dunia.

Kalau harga minyak naik memang kerajaan salah sebab tarik subsidi dan sampai sekarang gagal mengemukakan sebarang subsidi gantian. Kononnya nak perkenalkan subsidi bersasar. Haram. Tarik balik beberapa subsidi lain lagi la ada selepas subisid petrol dimahsuhkan. Tak fikir ke kesan kenaikan minyak terhadap golongan miskin dan serdahana. Ko kaya takpe la kot. Beg bini pun kalah harga rumah orang miskin der.

Kalau harga minyak turun pasal apa pula nak puji kamu Najib?

Kan ikut harga pasaran dunia. Ko yang janji begitu. So ko kena la tunaikan kata-kata ko sendiri. Sendiri yang tetapkan polisi sendiri minta dipuji. Tak adil apa bendanya tah.

Kadang macam sewel gak aku tengok ko neh Najib. Btw, betul ke ISIS nak culik ko? Bukan pe. Aku baca komen-komen di wall efbi tadi. Nampak gayanya ramai yang meredhai andai benar ISIS mahu menculik kamu. Malahan ada yang minta agar dipercepatkan. Hilang sudah satu masalah negara.


terdahulu

Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih.

Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.



"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.
Video yang tersebar luas tersebut boleh ditonton di sini.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati pengguna laman sosial membidas Najib kerana tidak memahami kesukaran rakyat hadapi ketika harga barang naik mendadak.

"Kangkung belakang umah aku pun banyak. Sapa nak ambil aku bagi free," kata pengguna Facebook Azizi Adzemi.

"Harga kangkung je pun turun, yang lain tak turun pun," kata seorang lagi pengguna Facebook, Muhd Iqbal.

Seorang pengguna Facebook, Farawahida Mohd Fauzi meluahkan rasa sedihnya kerana mempunyai perdana menteri seperti Najib, "Sedih rasa ada PM macam ini."

"Johan Raja Lawak Sedunia," kata Muhammad Nadzmi yang menyindir Najib susulan kenyataan tersebut.

Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.

Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013.

loading...

0 Response to "Najib: Kenapa rakyat tak kata kerajaan baik bila harga barang turun"

Post a Comment