Kegiatan Merakam Gambar Perempuan di Tandas UPSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertamanya pihak UPSI GAGS memohon maaf tidak membongkar perkara ini terlebih awal, pihak UPSI GAGS sudah mengetahui perkara ini sejak dari tahun 2015

1. Peristiwa pertama berlaku di Kampus Lama, Tadahan Selatan suspek dilihat sedang memujuk pelajar wanita yang sedang menangis tersedu-sedu selepas keluar tandas. Saksi mendengar mangsa sedang merayu supaya gambarnya di padam, namun suspek mengugut disebarkan gambar jika mangsa melaporkan. Suspek dilihat memakai baju persatuan. Namun saksi juga tidak melaporkan disebabkan rasa takut. Tiada kes dilaporkan.

2. Peristiwa kedua berlaku sewaktu peperiksaan semester akhir semester 1 2015/2016. Sewaktu itu suspek juga mengambil peperiksaan akhir sem selaku pelajar semester 6. Suspek telah disergah oleh saksi di tandas wanita kerana sedang membongkok memegang telefon merakam pelajar yang sedang membuang air. Sewaktu itu saksi baru sahaja masuk ke dalam tandas. Kes dilaporkan kepada pengawas peperiksaan.

3. Peristiwa ketiga berlaku sewaktu suspek berpratikal pada tahun 2015. Suspek berpratikal di sekolah menengah di daerah Taiping. Di sekolah ini, suspek telah ditangkap merakam gambar guru di tandas. Pihak sekolah telah melaporkan kepada pihak UPSI. Pihak PULAMI dan JPN telah datang ke sekolah bagi menyiasat kes ini. Suspek digantung pratikum, dan diberi khidmat kaunseling UPSI.

4. Suspek seterusnya menunda semester dan mengulang pratikal di sekolah menengah di daerah Slim River pada awal tahun 2016. Suspek telah tinggal di Taman Harmoni. Masih ingatkah kes menceroboh rumah dan merakam gambar pelajar bogel di tandas dan sewaktu tidur yang berluas-luasa sewaktu awal tahun ini. Bahtera, Harmoni, dan Arked mengalami peristiwa yang pelik-pelik seperti bangun tidur separuh berbogel, terkejut melihat lelaki sewaktu tersedar dari tidur kemudian menjerit dan lelaki melarikan diri. Kes-kes ini dilaporkan pada pihak UKLK dan seterusnya pihak Polis.

5. Kemuncak kes ini berlaku apabila suspek menceroboh sebuah rumah di Taman Harmoni dan berjaya dicam oleh mangsa. Kes ini mendapat perhatian meluas pihak UKLK dan pihak Polis. Pihak polis datang dan mengambil gambar kawasan kes. Polis menangkap dan menahan reman suspek. Siasatan dijalankan namun kes telah dibuang disebabkan tiada bukti yang kukuh.

6. Maka kes terbaru minggu ini beliau ditangkap di perpustakaan kerana merakam gambar cabul pelajar perempuan di tandas. Suspek sedang mengikuti semester 9 pada semester ini

7. Admin ingat dia sudah dibuang pada semester 8 namun rupanya dia masih ada, maka ini masa yang sesuai untuk membuat pendedahan.

8. Post ini bertujuan untuk menyedarkan pentadbiran UPSI supaya mengambil tindakan serius terhadap kegilaan suspek terhadap seks sehingga mengusarkan pelajar wanita UPSI.

9. Pihak UKLK tahu, Mantan TNC Hepa Dato Junaidy juga tahu, pihak fakulti suspek tersebut juga tahu, Ketua Jabatan juga tahu, Pihak Perpustakaan Tengku Bainun juga tahu, dalam kesemua pihak yang tahu ini kenapa semua ambil sikap tidak mahu ambik tahu? Semak semula laporan pelajar dan laporan di Balai Polis Ulu Bernam jika sudah lupa

10. Sebagai pelajar UPSI, admin harapkan kau viralkan post ini kita mahu ketenteraman srikandi wanita UPSI dipertahankan. Bukan sahaja pelajar bahkan semua kaum hawa di UPSI.

Sila mention pegawai-pegawai UPSI, pensyarah dan MPP, kemudian share bagi semua pelajar berwaspada

*Dato Junaidy sudah respon, mohon lihat post terbaru

0 Response to "Kegiatan Merakam Gambar Perempuan di Tandas UPSI"

Post a Comment