Mahathir dan Anwar Akan Bersatu Kembali Demi Selamatkan Malaysia

loading...

KUALA LUMPUR: Ironi dunia politik Malaysia berubah sekelip mata hanya kerana berubahnya 'kiblat' parti seseorang pemimpin itu.

Sejak 1998 sehingga 29 Februari 2016, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Tun Mahathir Mohamad sebagai musuh utama setelah Bekas Perdana Menteri itu menyingkirkannya dari UMNO suatu masa dahulu.

Namun kini, kerana agenda politik menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar mula menyatakan pendirian kepada Dr Mahathir yang kini berpaling tadah dari UMNO.

"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh Ketua Pembangkang baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Dr Mahathir bergabung bersama pembangkang menumbangkang kerajaan BN demi memastikan Najib tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Dr Mahathir bersama beberapa pemimpin pembangkang lain hari ini dijangka menganjurkan sidang media disamping menandatangani deklarasi bagi mendesak Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes liwat-2 kini menjadikan Najib sebagai musuh nombor satu manakala individu yang menghumbannya ke dalam lokap pada 1998 sebagai rakan akrab berkepentingan.

"Justeru saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sbagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi. Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara," ujarnya lagi.
loading...

0 Response to "Mahathir dan Anwar Akan Bersatu Kembali Demi Selamatkan Malaysia"

Post a Comment