loading...
Lagi kes memuatnaik status jelik menghina Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor dan Institusi Diraja Johor di media sosial dilaporkan berlaku.
Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun di Padang Serai, Kedah kerana memuatnaik satu kenyataan yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Institusi Diraja Johor menerusi akaun media sosial Facebook.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dilantik pada 25 Mac 2017 yang lalu dalam Kongres ke-53 FAM.
Sultan Johor,Sultan Ibrahim Iskandar dan Pemaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin Bin Mohd, Ketua Polis Johor mengesahkan penahanan tersebut melalui satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media bertarikh 21 April 2017.
Pihak Polis Johor menerima satu laporan polis berkenaan kenyataan pemuda tersebut pada 20.04.2018 pada pukul 2:51 petang.
Sehubungan dengan laporan polis yang dibuat oleh pengadu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi membenarkan siasatan lanjut dilakukan.
Siasatan lanjut dilakukan oleh pihak Polis Johor untuk mengesan individu yang memuatnaik kenyataan jelik tersebut.
Ketua Polis Johor, Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin Bin Mohd
Sorotan daripada kerja siasatan yang dilakukan oleh pihak Polis Johor, satu tangkapan telah dibuat pada 21 April 2017 pada jam 6 petang.
Tangkapan berkenaan dilakukan dei Padang Serai, Kedah hasil tindakan pihak Polis IPD Kulim melibatkan suspek, seorang pemuda remaja berusia 18 tahun, bekerja sebagai seorang mekanik.
Lelaki berkenaan dipercayai adalah individu yang memuatnaik kenyataan jelik tersebut.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Johor memberi amaran bahawa pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali kepada mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen jelik.
Ini termasuk mengeluarkan sebarang kenyataan menyakitkan hati, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin dalam kenyataan yang sama turut menasihatkan agar semua pengguna media sosial supaya lebih berhemah dan bertoleransi semasa menggunakan kemudahan media sosial.
Pihak Polis akan sentiasa memantau dan pesalah media sosial akan diburu dan seterusnya akan di dakwa mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan oleh undang-undang Malaysia.
Kejadian memuatnaik status di media sosial dengan kenyataan beriat menghina bukanlah yang pertama kali membabitkan Institusi Diraja Johor.
TMJ mengarahkan Mat Tere dibebaskan pada Februari lalu. Kredit: JST.
Pada 8 Februari lalu, seorang individu daripada Kelantan ditangkap oleh pihak polis setelah satu rakaman seorang individu yang dikenali sebagai Mat Tere.
Ini selepas dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi tular.
Pemuda berkenaan dibebaskan oleh pihak polis setelah dititahkan demikian oleh TMJ sendiri.
23 Januari yang lalu, seorang lelaki itu ditahan di depan Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor kerana menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu akaun Facebook.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berhati-hatilah ketika menggunakan media sosial.
loading...
0 Response to "Lagi! Individu Ditahan, Hina Presiden FAM Dan Institusi Diraja Johor Di Media Sosial"
Post a Comment