Kes Adik Thaqif, Jangan Tuduh Sebarangan, Jangan Hukum Melulu Pesan Doktor

loading...
Kes Adik Thaqif, Jangan Tuduh Sebarangan, Jangan Hukum Melulu Pesan Facebooker..




Oleh : Baitus Solehah

Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.
Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren.

Gangren ini berlaku apabila sel-sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman. Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/pasif.

Suatu hari maid saya terjatuh, terjelepok ke lantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh, salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.

Dua hari selepas itu, maid saya demam dan saya bawa ke klinik.

Doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitaman, seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah-merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam.

Bimbang keadaan akan lebih memudaratkan, doktor menasihati saya agar membawanya ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta, Hospital Pakar Johor.

ASALNYA CUMA TERSELIUH, TETAPI KAKI BENGKAK & BERTUKAR WARNA HITAM
Empat hari berada di wad.

Doktor pakar benar-benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam.
Doktor memaklumkan bahawa sel-sel telah mati dan kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihatikan agar maid dipindahkan ke hospital kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ.

Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM5,500. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan.

Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak mahu beritahu mengapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan.
Doktor pakar menegaskan maid saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah.

Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.

RUPA-RUPANYA MAID DIJANGKITI KUSTA

Baru dua hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya.
Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel-sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun-tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif.

Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel-sel di kaki mati.
Pendek kata kuman ini serang kaki dulu. Sebenarnya kuman itu telah berada di seluruh tubuh tetapi yang lain masih tidur. Jelas kelihatan kulit di beberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa.

Itupun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci di setiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simptom lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.
Kusta bukan alang-alang penyakit.

Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana-mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin, hidup dalam pengasingan.
Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah hospital untuk merawat orang-orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.

Pelan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik ke atas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki.

Asalnya jatuh terseliuh itu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren di kedua-dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan di kedua-dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut.

Doktor kata kuman itu baru merosakkan sel-sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua-dua kaki.

KKM PERINTAH HANTAR MAID PULANG KE NEGARA ASAL

Pelan seterusnya, doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti dihantar pulang ke negara asalnya.

Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia.

Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB, hari-hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung.

Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00.

Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO, maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut.

Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya, bukan pulang ke rumah.

Jika ikutkan saya, saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambil peduli kesihatan dan rawatannya.
Benar maid ini bukan orang kaya dan kos rawatan kesihatan di negaranya tinggi. Ubat-ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi, maid tidak mampu.

KELUARGA MAJIKAN PERLU JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA SELAMA BEBERAPA TAHUN

Beberapa bulan selepas itu, saya mendapat khabar bekas maid telah meninggal dunia.
Kuman-kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging-daging busuk. Banyak sel-sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu itu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.

Kesan ke atas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun.

Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja.

Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun.

Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.
Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan.

Seluruh ahli keluarga terdedah dengan kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingga tiba saat diaktifkan dan apabila sudah aktif, tidak dapat dihentikan lagi.

Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat-ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak-anak saya masih kecil ketika itu.

SEBATAN GETAH PAIP MUNGKIN ASBAB KUMAN DALAM TUBUH AKTIF

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta.
Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Keluarga saya tidak perlu lagi menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong.

Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel-sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.

Takut-takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf.
Biarlah kita tersilap ampun dari tersalah hukum. Saya tidak rela seseorang itu dituduh tanpa siasatan wajar. Kita perlu bersabar untuk mengetahui kebenaran.

Melihat sel-sel kaki mati, daging busuk boleh muntah.
Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging itu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.

loading...

0 Response to "Kes Adik Thaqif, Jangan Tuduh Sebarangan, Jangan Hukum Melulu Pesan Doktor"

Post a Comment