Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W' Begini

loading...
"W" sitting position
Adalah menjadi kebiasaan ramai anak kecil dan mungkin termasuk anak kita sendiri yang sering duduk dengan melipat kaki seakan-akan berbentuk W ataupun juga dikenali dengan simpuh katak.

Ia memang dilihat menjadi kebiasaan kanak-kanak berusia 2 tahun kebawah tetapi tahukah anda bahawa cara duduk begitu jika  menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Memetik tulisan di web childsplaytherapycenter.com, cara duduk sedemikian akan menyebabkan otot bawah tubuh kanak-kanak akan menerima tekanan di mana ia boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Walaupun cara duduk sebegini membuatkan kanak-kanak selesa tetapi sebenarnya otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi kerana mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Selain itu, kerana tabiat duduk sebegini akan menyebakan otot kaki, pinggul dan buku lali anak kemungkinan mengalami masalah "hip dislocation" yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya akan menyebabkan cara anak anda berjalan seperti kaki melengkung ke dalam (seperti gambar di bawah) dan menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.





Kekerapan untuk duduk simpuh katak ini akan memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai alat sokongan keseimbangan.



Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.


  • A child can sit in an adult chair only if their height exceeds 140 cm (4′ 6“) and they weigh at least 32 kg (70.8 lbs). If the child is too big for a portable child seat but still cannot sit in an adult one, you need to use a booster seat (a car seat without a back).

  • Seats for children under the age of 2 should be set against the car movement. Before you start the car, try “pinching” a belt, and if a fold formed — tighten it. The car seat itself shouldn’t move more than 2-3 cm.

  • If the child uses an adult seat, they have to wear regular seat belts. The upper part of the belt must pass over the child’s chest and shoulder, and not across the neck, while the lower part should lie on the hips, not across the stomach.

  • Keep hot food, large gifts, and anything that can begin to move about the interior during braking away from the child.


loading...

0 Response to "Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Bersimpuh Katak Atau Berbentuk 'W' Begini"

Post a Comment