Selepas Tragedi: 10 Perkara Yang di Haramkan diKorea Utara

loading...
Untuk pengetahuan semua, ibu negara bagi Korea Utara adalah Pyongyang. Korea Utara bersempadan dengan Republik China di Utara dan Barat Laut. Kawasan Zon Bebas Tentera Korea adalah merupakan batu aras sempadan pemisah antara Korea Utara dengan Korea Selatan.

Jika anda merancang ingin melancong ke Korea Utara anda perlu tahu terdapat beberapa perkara yang haram dilakukan di Korea Utara tetapi perkara ini diamalkan seperti biasa di negara-negara lain.
Berikut adalah 10 perkara yang haram dilakukan di Korea Utara:

1. Melayari Laman Web
Mana-mana daerah dalam negara Korea Utara yang mendapat akses internet hanya boleh digunakan dengan kebenaran sahaja.
Kebanyakan laman web di Korea Utara berkisar tentang berita propaganda dan seperti biasa, akses laman web dari luar negara telah disekat.

2. Pornografi/Bahan Lucah
Di Korea Utara, bagi pesalah yang menjual, memiliki dan menonton bahan lucah akan dikenakan hukuman mati.

3. Melancong Ke Luar Negara
Melancong atau berhijrah ke luar negara adalah salah satu jenayah terbesar di Korea Utara. Jika kerajaan mendapati ada rakyatnya berhijrah ke negara China untuk mendapat perlindungan dan memulakan kehidupan baru, kerajaan menganggap sebagai pembelot pada negara. Dan jika ada rakyatnya yang ditangkap, kerajaan serta merta akan melaksanakan hukuman berat di khalayak ramai.

4. Bercakap/Mengkritik
Kebebasan untuk bersuara atau menyuarakan sesuatu pendapat dianggap salah di Korea Utara. Mana-mana rakyatnya yang ditangkap kerana bercakap atau membincangkan mengenai kelemahan kerajaan atau mengkritik cara pemerintahan pemimpin akan dihantar serta merta ke ‘Kem Pendidikan-semula’. Di kem tahanan tersebut, pesalah akan dipaksa melakukan kerja keras, didera secara mental untuk menjadikan semula rakyatnya seorang yang patuh dan mengikut acuan kerajaan.

5. Panggilan Antarabangsa
Sebarang komunikasi atau panggilan antarabangsa yang dibuat dalam negara Korea Utara akan dikenakan hukuman mati. Pada tahun 2013, seorang lelaki yang menetap di Korea Utara telah dikenakan hukuman mati oleh skuad penembak gara-gara menelefon rakannya yang berada di Korea Selatan.

6. Mendengar/Memainkan Muzik
Di Korea Utara semua muzik luar disekat masuk dan dikawal ketat oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi muzik barat yang berasal dari Amerika Syarikat adalah salah laku dan jenayah berat bagi sesiapa sahaja rakyat yang mendengar atau memainkan muzik tersebut.

7. Memandu
Kebebasan memandu di sekeliling negara adalah dihadkan sama sekali. Rakyat Korea Utara disekat kebebasan untuk memandu diseluruh negara malah kerajaan telah menghadkan hanya 1 kereta bagi setiap 1000 orang penduduk.

8. Minum Minuman Keras
Di Korea Utara minuman beralkohol hanya dibenarkan minum pada hari-hari perayaan atau sambutan khas sahaja. Pelajar di negara itu dilarang sama sekali membeli atau minum minuman keras. Pelajar yang ditangkap kerana ‘kesalahan’ tersebut akan disoal siasat pihak berkuasa Korea Utara. Pada tahun 2012, seorang pegawai tentera terbunuh gara-gara mabuk ketika menggunakan senjata mortar di hari memperingati 100 hari pemergian pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.

9. Mengamalkan Agama
Majoriti rakyat Korea Utara adalah Atheist dalam erti kata lain, tidak menganuti sebarang agama.

10. Menonton Televisyen
Di Korea Utara rakyatnya dilarang menonton apa-apa rancangan di televisyen selain hanyalah dapat menonton rancangan TV dalam negara sahaja. 2 tahun lepas, seramai 130 orang rakyat Korea Utara telah dikenakan hukuman gara-gara menonton rancangan dari Korea Selatan.
loading...

0 Response to "Selepas Tragedi: 10 Perkara Yang di Haramkan diKorea Utara"

Post a Comment