Video!! Kepala kemaluan budak lelaki terpotong ketika berkhatan di HUKM

loading...

BAPA mangsa membawa anaknya ke PPUKM, Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di HKL. - 


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan menggunakan kaedah laser. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam pada 20 Disember lalu, mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk berkhatan di sebuah klinik keluarga di Cheras, di sini. Bagaimanapun, ketika sedang menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa, kepala kemaluan kanak-kanak itu telah terpotong secara tidak sengaja. 

Bapa mangsa yang juga seorang guru sebuah sekolah menengah kemudian membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.



loading...

0 Response to "Video!! Kepala kemaluan budak lelaki terpotong ketika berkhatan di HUKM"

Post a Comment