Kos MRT - Najib Bohong, Ini Fakta-Fakta Rafizi Mengantoikan Kenyataan Najib!

loading...




Semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT” (seperti yang dilaporkan Bernama,

Pengumuman Dato’ Seri Najib itu telah digunakan oleh kumpulan propaganda maya Umno (termasuk oleh pemuka-pemuka seperti Lim Sian See, Papagomo, Raja Petra dan blog-blog penyokong Umno) untuk menyerang saya dengan menuduh saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana saya pernah menyuarakan rasa khuatir bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.

(Rujuk tulisan saya dalam tahun 2011 dalam akhbar The Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hard” / bila mana saya telah menyuarakan rasa bimbang dari awal apabila kerajaan tidak telus mengenai kos dan proses tender.
Pada 3 Julai 2012, saya sekali lagi memberi amaran bahawa maklumat saya memaklumkan kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion, rujuk laporan Malaysiakini 
Sejak semalam, kumpulan propaganda maya Umno ini telah melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan bahawa kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang saya pernah sebut. Mereka menyerang saya di dalam media sosial seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa paparan skrin berikut:




Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion; sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
Jelas bahawa kumpulan propaganda maya Umno yang terdiri dari Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini tidak faham perincian projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semasa melancarkan Economic Transformation Plan (ETP) dalam tahun 2010 dahulu.
Saya senaraikan fakta-fakta berserta bukti-bukti yang menunjukkan betapa bodohnya individu-individu seperti Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini:

1. Semasa melancarkan ETP dan mengumumkan projek MRT, Dato’ Seri Najib merujuk kepada keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan sepanjang 141 km. Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan yang menyebut bahawa “Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.” (Rujuk laman Di Sini  )
2. Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman Pemandu, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020 (rujuk http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Transit.aspx)
3. Dalam ucapan Bajet 2011, pada perenggan 21 mukasurat 7, Dato’ Seri Najib melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion (rujuk http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs11.pdf)
4. Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion (rujuk paparan skrin di bawah)


5. Maka, kos RM21 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu hanyalah untuk 21 km dari 141 km iaitu 15% dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011. Jika diambil perkiraan mudah bahawa kos bagi setiap kilometer selebihnya adalah sama iaitu [RM21 bilion dibahagi 21 km, jadi setiap satu kilometer ialah RM1 bilion] maka baki kos ialah [141 km tolak 21 km bersamaan 120 km didarab dengan RM1 bilion] RM120 bilion.
Saya akan menunjukkan dalam beberapa kenyataan media seterusnya bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 141 km melibatkan 3 jajaran (MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT2 ke Putrajaya dan MRT3 melibatkan satu jajaran lingkaran bawah tanah, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011) semestinya melebihi RM100 bilion.
Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
loading...

0 Response to "Kos MRT - Najib Bohong, Ini Fakta-Fakta Rafizi Mengantoikan Kenyataan Najib!"

Post a Comment