loading...
Ramai ejen insurans dalam friendlist aku, dan ramai juga yang aku follow.
Maaf jika aku berterus terang.
Aku cenderung untuk unfollow ejen insurans yang amalkan hard selling di FB mereka. Terutamanya yang gunakan kaedah sindiran keras ketika mempromosi.
"Jangan dah sakit baru nak merangkak cari ejen"
Kalau aku jadi prospek, aku pun menyampah nak dengar apa-apa tentang polisi yang kau tawarkan kalau kau asyik nak singgung perasaan aku.
Misal kata tiba-tiba terbuka hati aku nak beli polisi syarikat kau, aku takkan beli dari kau. Aku beli dari ejen lain.
Lebih baik di FB, kau bina network. Kongsi ilmu pengurusan risiko ke, belanjawan ke, tip selenggara kenderaan ke, apa-apa je lah yang sipi-sipi berkaitan insurans. Barulah pos kau orang baca. Baru orang share.
Kalau hard sell jaja cerita prospek menyesal tak beli polisi selepas dapat kecelakaan, aku rasa tak ramai nak share cerita tu.
Kalau tak ada orang share pos kau. Semua pos-pos kau pasal prospek menyesal tu, balik-balik kawan-kawan dalam friendlist kau je baca. Muntah hijau dia orang baca cerita cliche macam tu berulang kali.
Lama-lama naik menyampah.
Aku bukan anti insurans. Aku pun beli polisi insurans walaupun aku penjawat awam. Anak bini aku pun ada polisi insurans. Aku rasa semua orang perlu ada insurans yang bersesuaian dengan risiko mereka.
Kau orang kena pikat, bukan jerat.
Maaf sekali lagi
Nota: Ejen-ejen insurans yang aku sengaja follow tu, kebanyakkannya share info kemahiran hidup(travel guide, hiking, buku, dsb). Biasanya info insurans sekadar menempel di pos-pos mereka. Seminggu sekali baru ada pos berteraskan info insurans/takaful. Kamarul Ariffin Nor Sadan
loading...
0 Response to "Kenapa Aku 'Block' Ejen Insurans Dalam Friendlist Aku"
Post a Comment