Bertudung dan Skirt Pendek Itu Fesyen Rabecca Nur Islam masih belum serik

loading...

BEBERAPA minggu lalu, pelakon yang sudah berhijab, Rabecca Nur Islam dikecam peminat kerana memakai baju merah melekat di tubuh yang menyerupai Te­letubbies ketika meraihkan ulangtahun kelahiran rakannya.

Apabila kontroversi itu reda dan Rabecca sudah pun memohon maaf, ramai menyangka beliau sudah insaf dan belajar dari kesilapannya dengan lebih berhati-hati mengenakan pakaian bersesuaian dengan imejnya bertudung. Ternyata Rabecca masih belum serik.

Baru-baru ini, aktres berusia 28 tahun itu kembali mengejutkan dunia hiburan apabila sebuah video Instagram yang dikongsikan seorang kenalan Rebecca jelas memaparkan beliau dengan berani memakai baju berwarna tanah yang melekap tubuh dan singkat paras betis di sebuah majlis.

Perkara tersebut mendapat perhatian wartawan Harian Metro, Cik Pang yang kemudian berkongsi sebuah artikel di ruangan selebriti, Metro Ahad. Pada penulis, Rabecca mungkin sekadar berfesyen ketika nekad mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu.
loading...

0 Response to "Bertudung dan Skirt Pendek Itu Fesyen Rabecca Nur Islam masih belum serik"

Post a Comment