Astro Tetap Ulang Cerita Sama Setiap Hari Selagi Rakyat Malaysia Bodoh

loading...
    



Aku dah nak tutup akaun Astro sebab dah boring asyik tengok cerita sama je berulang-ulang kali. Bayar bil langganan setiap bulan untuk tengok ulangan cerita yang sama rasa tak berbaloi dan membazir duit je. Dah la bil makin mahal.

Sekarang ni tinggal lebih kurang seminggu saja lagi sebelum akaun Astro kat rumah aku akan ditamatkan perkhidmatannya. Lepas ni tak payah tengok TV. Kalau nak layan movie ke apa ke, download je kat internet. Haha.

Tutup akaun Astro

Masa awal-awal aku langgan Astro dulu memang seronok sebab ada banyak channel boleh tengok. Balik kerja boleh berehat dengan isteri sambil tengok macam-macam cerita yang disiarkan di Astro.

Lama lepas tu mula rasa bosan sebab Astro asyik siarkan cerita sama je. Banyak kali pulak tu dia ulang.

Bil Astro pun satu hal. Awal-awal dulu aku langgan pakej paling murah, bayar berapa puluh ringgit je (tak ingat) sebulan tapi hari ni dah semakin naik jadi hampir RM100. Lagilah buat aku rasa nak tutup akaun Astro cepat-cepat.

Cadangnya sebelum ni aku nak bertukar ke Astro NJOI yang percuma tu. Tapi, kebetulan dengan tarikh tamat kontrak akaun Astro aku masa tu jugak la NJOI tamatkan penukaran pakej secara percuma. Nak tukar jugak kena bayar RM300 lebih.

Terus tak jadi tukar.

Astro NJOI TV Satelit Percuma

Akhirnya, lepas bincang dengan isteri, aku buat keputusan untuk terus tutup akaun Astro sebab kalau takde Astro pun kitorang tak kisah. Cuma lepas ni aku tak boleh layan cerita Korea dah la. Huhu..

Cara Tutup Akaun Astro
Untuk tutup akaun Astro ada beberapa cara boleh kita buat. Boleh “telefon customer service Astro untuk tutup akaun Astro“, terus pergi ke pusat perkhidmatan Astro atau melalui Facebook.

Aku buat permohonan untuk tutup akaun Astro melalui Facebook je. Harap-harap takde masalah.

Aku contact pihak Astro melalui PM di Facebook page Astro. Dalam PM tu aku beritahu nak tutup akaun Astro. Lepas aku beritahu tu, staf Astro reply macam ni.

Untuk penutupan akaun, encik perlu berikan satu bulan notis dan penutupan hanya boleh dilakukan bermula 19/03/2015. Set Astro perlu dipulangkan ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup. Jika bersetuju, sila berikan maklumat di bawah sebagai pengesahan:

1. Nama penuh
2. Nombor IC
3. Hubungan dengan pemilik akaun
4. Alamat
5. Nombor telefon
6. Sebab pembatalan akaun

Aku pun reply bagi semua maklumat yang diminta untuk pengesahan tutup akaun Astro. Sebab pembatalan akaun pun diorang minta. Haha. Aku belasah je tulis kat bahagian tu.

Lepas dah buat pengesahan dengan maklumat yang diminta, diorang pun jadualkan pembatalan akaun Astro aku efektif pada 19/3/2015, iaitu 1 bulan dari tarikh aku buat pengesahan melalui PM di Facebook hari tu.

Jadi, siapa rasa nak tutup akaun Astro tu pastikan kena bagi notis awal 1 bulan ye. Tak boleh tutup akaun dengan segera. Lepas tu kena pulangkan set dekoder Astro ke kaunter khidmat pelanggan dalam tempoh 30 hari selepas akaun ditutup.

Kalau tak pulangkan dalam tempoh 30 hari, penalti RM500 akan dikenakan.

Set dekoder Astro

Untuk bayaran bil pula, aku tanya bil kira macam mana sebab takkan nak kena bayar penuh jugak kan. Diorang reply:

Ya encik, bil baru akan keluar pada 4/3/2015. Encik boleh tunggu bil berikutnya pada 4/4/2015 untuk bil yang diprorata semula untuk jumlah yang perlu dijelaskan.

Jadi, bulan ni aku tak bayar bil Astro sebab nak tunggu bil baru yang akan dikira semula. Dah dapat jumlah betul nanti baru aku akan bayar semua. Tapi kalau dapat jumlah bil yang ‘luar biasa’, kena pergi serang ofis Astro la nampaknya. Harap-harap takkan berlaku masalah macam tu.

Pesaing Baru Astro
Dengar cerita Astro bakal ada pesaing baru tak lama lagi iaitu rangkaian saluran digital dari RTM. Rakyat Malaysia akan menikmati saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga Saluran Standart (SD) secara percuma di bawah projek Angkasapuri Media City.

Pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung di bawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Bermula Jun 2015 nanti nampaknya rakyat Malaysia akan ada pilihan selain Astro.

Mungkinkah dengan adanya saingan baru ni pihak Astro akan memperketatkan lagi syarat untuk menutup akaun Astro? Atau akan ada terma dan syarat baru yang akan ditambah ataupun diubah?



Sumber: http://anarm.net/tutup-akaun-astro.html#ixzz4SbIP41UO 
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives 
Follow us: @anarmnet on Twitter | anarm on Facebook
loading...

0 Response to "Astro Tetap Ulang Cerita Sama Setiap Hari Selagi Rakyat Malaysia Bodoh"

Post a Comment