loading...
Pengguna LRT dan KL Monorail berhak menuntut kembali tambang mereka jika perkhidmatan yang mereka tunggu lewat melebihi 15 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata selain itu pengguna yang sudah membeli tiket juga boleh mendapatkan kupon sebagai ganti tiket mereka untuk perjalanan keesokan hari.
"Polisi sama juga akan diguna pakai untuk laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung 2016 dan turut dikendalikan oleh syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)," katanya melalui jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.
Nancy membuat penjelasan itu sebagai menjawab pertanyaan Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah - BN) yang bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan sistem pampasan untuk pengguna pengangkutan awam seperti di United Kingdom dan Jepun.
Kata Koh pampasan itu diperlukan terhadap sistem pengangkutan awam yang tidak menepati jadual bagi memastikan mereka memberikan perkhidmatan yang cekap.
Ia juga katanya menjadi pendorong kepada pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan mereka kepada orang ramai.
Ketika berita ini ditulis dasar seperti dinyatakan Nancy itu tidak dapat dikesan pada laman sesawang Prasarana atau MyRapid.
Malaysiakini sudah menghubungi syarikat Prasarana untuk mendapatkan reaksi mereka.
loading...
0 Response to "Tahukah Anda : Anda Boleh Mendapat Duit Gantirugi Jika LRT/Monorel Anda Tiba Lewat Melebihi 15 Minit"
Post a Comment