loading...
1)Penipu
...Dahlah penipu, tak telus, tak jujur pulak tu
2) Aiiii.....suka betul nak
paksa-paksa
orang beli insurans...Kalau orang dah cakap tak nak tu, maknanya tak naklah kan...xfaham-faham betol.
3) Amboi
mulut....manis
sungguh ye bila part nak suruh aku beli insurans kau...Gunung sama didaki, lurah sama dituruni lah konon..
4)Bad Service
...Haa...yang ni memang...Dah lah aku kena admit wad, boleh pulak dia tak angkat phone bila aku kol dia.
5)Poor Explanation
...Confius aku, dia ni sebenarnya tau ke tak benda yang dia nak jual? Aku tanya kalau gigi aku patah, boleh claim ke tak, dia boleh cakap tak tahu...
6)Banyak soal, banyak cakap
....Aku ni dah lah busy woman..wanita korporat lah katakan, aku nak kejar meeting, dia pulak cakap dah nak dekat 2 jam ni
7)Lambat @ tak punctual
....dah lah lambat 30 minit, boleh plak dia lenggang kangkung datang kat aku...nak je aku bagi flying kick orang ni karang
8)Banyak kali telefon
....mentang-mentanglah aku ni pakai i phone 4s, banyak pulak dia ni kol aku...80 miskol tu...bila masa lah aku nak main angry bird ni..kalau orang tak angkat tu faham-faham jelah kan
9)Agresif
nya orang ni...aku tak sempat nak cakap apa-apa, dia pulak yang buat keputusan untuk aku...Agak-agaklah..
10)Memilih
nampak...apa, kau ingat aku ni diam je, kira tak berduitlah, kira tak nak jual insurans kat aku lah...wei, dia yang tanya macam-macam tu pun belum tentu nak ambik insurans kau tu... Alright...inilah antara luahan hati ramai umat manusia di luar sana...Jom kita kenalpasti kenapa agen insurans jadi macam tu....
SITUASI PERTAMA
CLIENT : Ejen Insurans @ Takaful Penipu, Mulut Manis, Bad Service, Tak Punctual @ Lambat
,
Bagi Poor Explanation
EJEN :
Dalam apa-apa sektor pekerjaan sekalipun, kita biasa nampak sikap staf-staf yang setiap satunya berlainan. Ada yang cakap berkobar-kobar, tapi kerja satu pun tak jalan. Ada pulak yang tiap-tiap hari selalu je lambat...Kerja start pukul 8.00 pagi, tapi pukul 8.30 baru nampak batang hidung....Ini semua melibatkan sikap individu yang tiada siapa pun boleh ubah melainkan dirinya sendiri serta melibatkan hati dan niat untuk apa dia bekerja. Macam tu juga dengan industri insurans mahupun takaful...Yang menjual produk ini juga adalah terdiri daripada manusia yang macam-macam perangai, yang kadang-kadang kita boleh duga, dan kadang-kadang kita pulak yang kena tipu...Disebabkan nila setitik, rosak lah susu sebelanga...Sebab 2,3 orang yang bersikap tak sopan, buruklah nama satu industri.. Kalau semua orang kat dunia ni jujur, maksudnya tiadalah kes pecah amanah, kes songlap duit, kes rasuah. Pendek kata semua masuk syurgalah nanti. Macam itu juga dengan industri insurans. Orang masuk dalam industri ini juga membawa berbagai-bagai niat, azam, impian mahupun angan-angan.. Ada yang berorientasikan jualan dan duit dan kekayaan semata-mata dan ada juga yang berorientasikan untuk beramal dan memberi manfaat serta kesedaran kepada orang ramai. Anda boleh differentiate atau membezakan 2 golongan ejen insurans ini.ejen yang baik adalah ejen yang sangat menjaga kebajikan pelanggannya selepas sesuatu jualan itu berjaya.
Bagaimana Anda Sebagai Pelanggan @ Bakal Pelanggan Boleh Mengatasi Perkara Ini ?
Sediakan diri dengan ilmu dan pengetahuan. Sekiranya anda ingin membeli produk perlindungan takaful atau mendapat panggilan daripada mana-mana agen untuk berkongsi tentang produk mereka, pastikan anda terlebih dahulu membuat carian tentang produk tersebut melalui pembacaan @ survey kepada individu/ rakan/ sedara yang telah pun membeli produk tersebut. Jangan terus menolak untuk berjumpa melainkan anda betul-betul tak berminat langsung untuk membuat simpanan dalam takaful @ insurans.
Mengapa Perlu Ada Walaupun Sedikit Pengetahuan ataupun Maklumat?
Saya bagi contoh...Sekiranya anda ingin membeli kereta, apakah perkara pertama yang anda perlu lakukan? Pastinya mencari serba sedikit maklumat serta membuat perbandingan mana kereta yang terbaik yang boleh dibeli sesuai dengan budget anda. Betul tak? Kalau anda tak mendapatkan maklumat-maklumat yang agak penting, saya pasti anda tidak akan tahu apa pro dan kontra kereta yang anda beli. Begitu juga sekiranya anda ingin membeli produk takaful. Dapatkan maklumat seberapa banyak yang boleh dan apabila tiba waktu untuk berjumpa dengan ejen tersebut, kita sudah bersedia dengan soalan yang mungkin kita sendiri tahu apakah jawapannya (sekadar menguji sikap agen tersebut) dan dalam masa yang sama, secara tak langsung anda boleh berbincang dan bertukar pendapat mengenai produk takaful yang anda ingin ambil. Sekiranya ada sesuatu yang tak kena dengan ejen tersebut, apa yang anda boleh lakukan, jumpalah dengan ejen yang lain pula. Mudah je kan? Hidup kita sentiasa ada pilihan....jadi, pilih sahaja yang terbaik demi masa depan anda. Kesimpulan kepada isu ini, sikap manusia memang bermacam-macam. Kita tak boleh nak ubah sikap mereka tetapi dalam masa yang sama kita perlukan perlindungan takaful. Disebabkan kita tak boleh nak mengubah sikap orang, kita mulakanlah dengan diri kita sendiri iaitu sediakan dengan maklumat dan kemahiran. Maklumat dalam menentukan produk takaful yang terbaik untuk diri sendiri serta kemahiran dalam mengenalpasti individu yang bersikap jujur mahupun tidak, boleh diharap ketika kita memerlukannya ataupun tidak..
SITUASI KEDUA
CLIENT :
Ejen Insurans @ Takaful Suka Memaksa, Banyak Kali Telefon dan Agresif
EJEN :
Pernah tak anda dengar pepatah, malang tak berbau...? Tak pun satu lagi pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga..? Pada satu waktu dahulu, apabila saya kerap kali mendapat panggilan telefon daripada ejen insurans, saya pernah terfikir adakah mereka ni desperate untuk mencari mata pendapatan.. akan tetapi, Alhamdulillah tuhan telah menemukan saya dengan seorang ejen yang sangat baik hati menceritakan kisah sebenar tentang takaful. Itupun setelah saya merendah diri dan ego saya untuk berjumpa dan pada awalnya berniat sekadar untuk mendengar. Saya tahu, ramai lagi insan diluar sana yang tidak tahu fungsi sebenar takaful @ insurans. Yang banyak mereka dengar adalah perkara yang tidak elok tentang industri ini dan terus membuat rumusan yang tidak tepat. Salah satu fungsi takaful adalah sebagai satu backup kewangan untuk mereka yang ditimpa musibah. Takaful sendiri bermaksud pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin serta tolong-menolong di antara satu sama lain. Takaful sangat penting kepada kita seandainya diri kita ditimpa musibah. Kita perlu ingat sebaik-baik rancangan kita, lebih hebat lagi rancangan Allah terhadap diri kita. Musibah yang didatangkan kepada kita adalah salah satu bentuk ujian untuk menguji kesabaran dan keimanan kita kepada Allah, sebagai salah satu cara untuk menyucikan dosa. Tiada seorang manusia pun yang di dalam doanya memohon untuk ditimpa musibah..Ada ke kita pernah berdoa, "Ya Allah, kau bagilah aku kemalangan petang nanti", "Ya Allah, kau bagilah aku sakit kencing manis sampai bila-bila".... Saya yakin tiada seorang pun yang pernah berdoa macam ni...Akan tetapi, Allah itu maha mengetahui, ujian tetap ujian dan kadang-kadang ujian datang tanpa kita sangka-sangka, bukan kita minta ya... Apa persediaan kita dalam menempuhi ujian yang mungkin tiba? Adakah aset kita cukup untuk menampung
kehidupan apabila kita disahkan mengalami hilang upaya kekal @ menyeluruh? Adakah kita sudah menyediakan kewangan yang cukup untuk anak isteri seandainya kematian menimpa diri kita terlebih dahulu? Atas sebab itulah takaful mahupun insurans diwujudkan iaitu bagi membantu mereka yang ditimpa musibah daripada segi kewangan. Dan atas sebab itu jugalah, majoriti ejen insurans mempunyai tahap kesedaran yang tinggi serta ingin membantu mereka supaya membuat persediaan awal dalam menghadapi risiko seandainya ada..Mungkin niat mereka betul, tetapi cara yang digunakan tidak sesuai dan agak agresif. Tetapi, bagi kami sebagai ejen, musibah datang tanpa disangka-sangka. Sekiranya hari ini kita sihat, 99% kita akan terlibat dengan kemalangan pada hari esok selagi mana kita hidup dan terdedah dengan risiko persekitaran. Bagi kami, persediaan bagi menghadapi risiko perlu dibuat secepat yang mungkin kerana, apabila anda sudah mendapat akibat yang tidak disangka-sangka daripada risiko yang ada, pada waktu tersebut anda sudah terlambat untuk mendapatkan takaful. Tiada apa lagi yang boleh dibantu oleh kami ketika itu melainkan doa kepada Allah supaya beban anda diringankan. Nasihat saya disini, sekiranya anda sememangnya menolak dan langsung tidak mempercayai produk takaful @ insurans 100%, anda boleh lah berterus-terang kepada ejen tersebut dan mintanya untuk tidak menghubungi anda lagi.
SITUASI KETIGA
CLIENT :
Ejen Insurans @ Takaful Banyak Soal @ Banyak Cakap, Memilih
EJEN :
Memang tak dapat nak dinafikan, sesetengah ejen insurans ni memang banyak sangat cakapnya, sampai kita nak mencelah pun tak boleh. Mentang-mentanglah kerjayanya pakai mulut je... Tapi kadang-kadang ejen tak sedar perkara ni berlaku.Seandainya kita sebagai pelanggan berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut, apa kata kalau kita bersuara atau menegur secara baik. InsyaAllah, ejen ni nanti akan kurangkan level membebelnya. Macam tu juga dengan soal memilih.. Ejen takaful bukanlah suka nak pilih-pilih orang, cuma kadang-kadang ada pelanggan yang banyak bertanya membuatkan ejen tersebut terpaksa memberi perhatian yang agak lebih kepada pelanggan tersebut dalam memberi jawapan pendapat. Mana-mana orang yang memberi servis pasti akan cuba sedaya-upaya memberi maklumat yang diperlukan serta berusaha untuk memuaskan hati pelanggan...Jadi, jangan terasa ya...Anda juga perlu bertanya kepada ejen tersebut supaya anda faham tentang produk yang anda ambil.. Kesimpulannya, inilah serba-sedikit huraian saya tentang perkara-perkara yang membelenggu diri anda..Mungkin anda tidak dapat menerima apa yang saya kongsikan di sini...Akan tetapi, inilah pendapat peribadi daripada diri saya untuk dikongsikan bersama. Tak semestinya yang buruk itu semuanya buruk, dan yang baik itu keseluruhannya sempurna..Pasti ada sedikit yang baik pada yang buruk dan begitu juga sebaliknya kerana tiada apa yang sempurna di atas dunia ini... Macam biasa...ada bantahan @ pendapat? Dunia kan dihujung jari sahaja.......
loading...
0 Response to " Kematian Suami Penunggang Motosikal dijadikan Bahan Ejekan Ejen Insuran Ini"
Post a Comment