Jabatan Bomba Menafikan Viral Kebakaran Kedua Hospital Sultanah Aminah

loading...


Percikan api pada soket di dewan bedah HSA

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan terdapat percikan api pada soket di dewan bedah di tingkat 1 Bangunan Induk di Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian pada pukul 1.40 petang itu berpunca daripada air yang mengalir ketika kerja pembersihan dijalankan.

"Air daripada kerja-kerja pembersihan yang dilakukan di tingkat dua telah mengalir ke tingkat satu di dewan bedah terbabit.

"Bagaimanapun, tiada pesakit di dalam dewan bedah berkenaan kerana dewan bedah terbabit proses ubah suai," katanya ketika ditemui di HSA di sini sebentar tadi.
Sulaiman berkata, keadaan masih terkawal dan berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan kejadian itu.

"Kami menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah membabitkan kejadian itu dan keadaan bangunan masih selamat digunakan," katanya.
Beliau menambah, bomba mengesahkan bangunan tersebut selamat bagaimanapun langkah-langkah pencegahan dengan memindahkan pesakit lain ke kawasan yang lebih selamat dijalankan.

"Terdapat pemindahan pesakit yang berada di wad berdekatan dijalankan sebagai langkah pencegahan," katanya.

JBPM MENAFIKAN VIRAL MEMBABITKAN KEBAKARAN KE DUA DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH TENGAH HARI TADI

26/10/2016: SUSULAN KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH 1.38 tghari. 

Hanya berlaku 'spark' di soket elektrik. Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan. HARAP MAKLUM

#BOMBA
#PastikanSahihBaruSebar
#TiadaKebakaran
#PrayForHSA








loading...

0 Response to "Jabatan Bomba Menafikan Viral Kebakaran Kedua Hospital Sultanah Aminah"

Post a Comment