loading...
Johor Bahru: Selepas 24 jam berlalu, Hospital Sultanah Aminah (HSA) sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kebakaran dipercayai berlaku di kawasan bilik pembedahan hospital itu, sebentar tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang ini dan turut kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan di tingkat satu selain persekitar turut berbau hangit.
Pemerhatian dilokasi terdapat sebuah jentera bomba tiba di lokasi, namun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu diberikan.
Tinjauan mendapati petugas HSA membawa keluar pesakit bagi mengosongkan bangunan, manakala petugas dilihat berada di satu sudut lapang di perkarangan hospital itu.
Pada masa sama sekumpulan anggota keselamatan turut dilihat memantau keadaan.
loading...
0 Response to "Gempar!! Selepas Bilik ICU, Kali ini Dewan Bedah Hospital Sultanah Aminah Pula terbakar"
Post a Comment