loading...
Bermula dengan menjual burger dari bilik ke bilik, kini lelaki berusia 25 tahun ini mampu capai jualan RM200,000 sebulan.
Pada umur 25 tahun, apa yang anda lakukan? Mampukah anda miliki perniagaan sendiri dengan jualan ratus ribu sebulan?
Kebiasaannya, pada usia 25 tahun orang ramai lebih bercita-cita untuk mencari kerja dengan jawatan yang bagus-bagus di syarikat-syarikat ternama. Berbeza dengan Tuan Adni, pada ketika usia 25 tahun, beliau dah mampu memiliki pendapatan yang besar hasil dari berniaga burger sahaja.
Agak-agak anda, berapa biji burger yang perlu beliau jual untuk capai target RM2.6juta setahun, ‘ye?
Taukey KB Burger Bakar ini telah mula berniaga menjual burger dari bilik ke bilik ketika di kolej lagi. Dari situ, perniagannya mula berkembang. Beliau memang sangat berminat untuk berniaga. Pengalaman kerja pun semua dalam bidang ‘fast food’. Semuanya demi mendapatkan pengalaman dan persediaan sebelum berniaga sendiri.
Namun, pengalaman sahaja tidak cukup. Tuan Adni yang pernah menuntut di bidang perakaunan ini berkata, “ketika saya berniaga tanpa ilmu, saya banyak langgar dinding. Banyak buat silap. Kalau kira-kira balik, banyak yang saya rugi. Sebelum ada ilmu perniagaan yang betul, semua saya buat sendiri, saya yang beli barang, saya yang masak burger, semua saya buat. Bila saya rasa perniagaan saya susah nak ‘grow’ saya mula terpanggil untuk belajar dengan Dr Azizan.”
Sebelum berguru dengan Dr Azizan, semua masalah difikirkan dan diselesaikan sendiri. Tiada siapa yang mahu membimbing beliau. Banyak kali keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah perniagaan adalah keputusan yang silap. Katanya lagi, jika beliau berjumpa Dr Azizan Osman lebih awal, InsyaAllah beliau mampu capai kejayaan lebih awal lagi.
Kini, beliau bangga memiliki 1 kiosk burger dan sebuah restoren dengan 17 orang kakitangan. Usahawan muda ini yakin ilmu yang diperolehi dari program Dr Azizan Osman yang dihadirinya, dapat membantu beliau mewujudkan perniagaan yang bersistem dan berdaya saing.
Anda nak ilmu yang mampu membantu anda capai kejayaan dan meningkatkan tahap kehidupan?
Apa kata, anda korbankan sedikit masa, wang dan tenaga anda untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang merupakan satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.
Program IMKK akan diadakan buat julung kalinya di Sabah. Khas untuk warga Sabah, Sarawak dan Brunei. Ingat tarikh ini, 12-14 Ogos 2016 di The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu.
Kami sudah menerima banyak pendaftaran dari warga Sabah yang memang bersemangat tinggi untuk hadir ke IMKK. Anda juga boleh sertai mereka dengan mendaftarkan diri anda di www.azizanosman.com/imkk-sabah. Ada tawaran hebat menanti anda untuk waktu yang terhad sahaja. Pastikan cepat bertindak. Jangan tunggu sehingga harga tiket naik.
Bagi anda di Semenanjung, Singapura dan Indonesia, kami tak pernah lupakan anda. Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Kuala Lumpur akan diadakan di Menara PGRM, Cheras pada 2-4 September 2016. Anda hanya perlu daftar di www.azizanosman.com/imkk. Kami juga berikan tawaran hebat untuk anda tapi ia sangat terhad.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.
Salam Kejayaan
loading...
0 Response to "Jual Burger Je! Ikuti Luahan Penjual Burger Memperoleh Pendapatan Ratus Ribu Ringgit Sebulan"
Post a Comment