Jilat Gincu di Bibir Membatalkan Puasa?

loading...
JILAT GINCU BATAL PUASA?

Telah viral di FB dan whatsapp satu mesej panjang bahawa jika seorang Muslimah memakai gincu, akan terbatal puasanya, kerana dia pasti akan terjilat gincu tersebut, dan apabila terjilat gincu, dia akan dapat merasai rasa gincu itu.
Ulasan kami:
1- Kita perlu memeriksa dahulu benarkah mesej panjang itu merupakan kenyataan daripada seorang ustaz di Kedah. Ditakuti ia adalah fitnah atas nama beliau.
2- Ia tidak membatalkan puasa.
عَنْ عَطَاءٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : لاَ بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ ، أَوِ الشَّيْءَ مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ.
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata: Tidak mengapa apabila merasai cuka atau sesuatu selagi ia tidak masuk ke dalam kerongkong ketika puasa [Musannaf Ibn Abi Syaibah, no: 9369]
Ibnu Taimiyyah menyatakan hukum merasa makanan makruh jika tiada keperluan, dan jika ada keperluan seperti kaum ibu yang memasak, ia harus dan tidak makruh.
[Rujuk Sahih Fiqh as-Sunnah].
Oleh kerana itu, sekadar terasa kemanisan gincu, itu tidak membatalkan puasa. Ini kerana deria rasa kita berada di bibir dan lidah. Tidak percaya, cuba letak sambal tumis di bibir? Pasti terasa kepedasannya walau tidak ditelan.
Akan tetapi jika ditelan gincu itu, maka batallah puasanya.
3- Seandainya pemakaian gincu yang berwarna warni ini menyebabkan pemakai terjebak dalam tabarruj, maka hendaklah dijauhi. Ini kerana tabarruj merupakan satu maksiat, dan semua jenis maksiat akan merosakkan kesempurnaan puasa kita.
Wallahua'lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
loading...

0 Response to "Jilat Gincu di Bibir Membatalkan Puasa?"

Post a Comment