Hampir 40,00 Resume Telah Dibaca, Majikan Ini Dedahkan Kesalahan Pencari Kerja di Malaysia

loading...

Pernah tak korang terfikir kenapa hantar resume berpuluh-puluh pun masih tak dapat sebarang call untuk interview? Walaupun korang dah yakin korang ada semua yang company tu cari tapi.. macam krik-krik je.

Sebenarnya benda yang paling penting sekali dalam memohon kerja ni adalah resume. Resume tu boleh dikatakan sebagai wakil diri korang masa bakal bos korang pegang kertas tu. Nampak tak pentingnya untuk tulis resume baik-baik tanpa sebarang cacat cela. 
Seorang founder Resume Writer Ink, Tina Nicolai yang juga merupakan seorang recruiter untuk Walt Disney World di era 90'an menyatakan bahawa susah untuk jumpa resume yang betul-betul ngam dan sempurna.
"Apa yang saya perasan pemohon kerja ni tidak tahu langsung macam mana nak 'marketkan' diri mereka. Daripada itu lah saya sedar betapa pentingnya untuk wujudkan satu market untuk mengajar calon-calon ni dari semua peringkat dan industri"- Tina Nicolai dalam temubual bersama Business Insider.
Daripada mata seorang expert ni, dia dah baca kira-kira 40,000 resume dan apa yang boleh dia sum up kan kebanyakkan anak muda sekarang ni amat malas dan tak beri perhatian pada perkara kecil. Buat resume remeh-temeh macam mana nak dapat kerja? Jadi disini, dia berikan sebab-sebab mengapa majikan tak ambil korang bekerja:

1. Typo memanjang

Gambar hiasan
Kesalahan ni mungkin nampak kecil pada korang, alah.. setakat tersalah tekan "a" dengan "z" apa lah sangat. No.. no.. ini menunjukkan yang korang tak beri perhatian dan buat kerja asalkan siap je. Recruiter yang pegang resume korang tu dah siap sedia dengan pen, nampak je typo terus bulatkan dan campak dalam dustbin. Sayang kan?

2. Font yang digunakan tak sesuai langsung

Gambar hiasan
Bila nak mohon kerja ni kena lah jadi profesional sikit. Jangan lah buat kerja tahap sekolah guna font 'funky' merepek tu. Eh jangan tak percaya, ada  lagi yang tulis resume guna font macam ni. Ingat! Korang kena lah pertimbangkan mereka yang akan baca resume tu, kalau font kecil sangat macam semut siapa nak baca? Warna tulisan pun kena lah bersesuaian. Paling mudah guna je warna hitam, nak guna warna kuning, merah ke simpan untuk tulis surat ke apa ye.

3. Info yang outdated

Gambar hiasan
Jangan sesekali lupa untuk update resume korang tu sebelum hantar. Katakan lah korang baru lepas berhenti kerja tapi hantar resume zaman habis belajar dulu tak ke bakal majikan korang tak akan tahu yang korang pernah ada pengalaman? Masukkan kesemua pengalaman korang dalam resume biar bakal majikan rasa confident untuk ambil korang bekerja.
Lagi satu, pastikan maklumat peribadi korang yang terkini macam nombor telefon, alamat email senang untuk diorang nak contact. 

4. Letak info yang tak relevant dengan kerja yang dimohon

Gambar hiasan
Ada juga yang cuba untuk mohon kerja yang jauh tersasar daripada bidang diorang, bukan tak boleh lagi bagus boleh explore benda baru. Yang tak bagusnya, korang letak info yang tak perlu pun untuk kerja yang dimohon. Buang masa dan ruang dalam resume je. Alaa.. ada kan yang jenis email terus ke semua kerja kosong guna resume yang sama tak check pun kalau resume tu relevant ke tak. 
Nampak tak malas nya korang dan jangan ingat recruiter yang baca resume tu tak tahu tau. 

5. Mulakan setiap bullet point dengan 'bertanggungjawab untuk'..

Gambar hiasan
Bagi Tina Nicolai ini lagi satu yang menunjukkan korang malas betul nak tulis. Pemohon suka mulakan setiap point untuk pengalaman atau penglibatan dalam sebarang aktiviti dengan ayat "bertanggungjawab untuk". Korang kena faham kalau letak ayat macam tu tak menunjukkan langsung apa yang korang dah accomplish atau apa fungsi korang. Apa salahnya ambil masa seminit dua untuk tulis sedikit deskripsi.
loading...

0 Response to "Hampir 40,00 Resume Telah Dibaca, Majikan Ini Dedahkan Kesalahan Pencari Kerja di Malaysia"

Post a Comment