Dengan 7 Rutin Ini, Bayi Pasti Akan Tidur Awal & Tak Berjaga Malam

loading...
“Allah, mengantuknya! Dah nak masuk subuh tak tidur-tidur lagi si Qaseh ni. Sudah beberapa hari aku tak cukup tidur sebab Qaseh merengek dan berjaga, dahlah pukul 6.30 kena gerak ke ofis pulak. Rasa nak patah pinggang dengan tangan dari tadi dukung Qaseh. Pantang letak, mesti terjaga dan menangis. Risau betul dengan si Qaseh ni!”
Siapa tak susah hati jika bayi sukar tidur setiap malam. Pantang ada bunyi sikit, mesti terjaga dan menangis sampai pagi. Kalau senang pujuk dan tidur semula okaylah lagi. Ini tidak, buatlah apa sahaja, menangis sahaja. Waktu tidur bayi dan ibu masing-masing terganggu kerana berjaga hingga ke pagi.



menjarakkan kehamilan 1
Foto Kredit: tatticool.eu

Kenapa Bayi Sukar Tidur & Berjaga Malam?

Bayi baru lahir biasanya memerlukan masa untuk ‘adjust’ masa semula mengikut siang dan malam yang normal. Ini kerana, keadaan semasa di dalam rahim adalah berbeza daripada di dunia sebenar.
Namun, setelah beberapa bulan, anda pasti risau apabila bayi masih tak dapat tidur awal dan berjaga malam. Ini merisaukan ibu bapa, lebih-lebih lagi apabila cuti berpantang hampir habis dan akan mula masuk kerja.
Biasanya bayi berjaga pada waktu malam kerana kurang sihat, diaper rash, ekzema, lapar, tumbuh gigi, dan inginkan belaian ibunya setiap masa. Tambah lagi bayi yang menyusu dengan kerap, akan bangun kerana lapar. Apabila lambat menyusu, bayi akan menangis dan meragam.
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk memastikan bayi tidak lagi berjaga sepanjang malam?



cara tidurkan bayi
Foto Kredit: zena.cz

7 Cara Tidurkan Bayi Dengan Mudah, Agar Lena & Tak Berjaga Malam

Berikut adalah cara tidurkan bayi yang boleh anda praktikkan supaya kualiti tidur mereka lebih terjamin. Maka, dapatlah mereka tidur lebih awal, lena, dan tidaklah merengek sepanjang malam.

1. Banyakkan aktiviti pada waktu siang

Tidak perlu aktiviti berat memadai dengan meluangkan banyak masa dengan bayi dengan mengajaknya berbual, menyanyi dan bermain agar bayi kurang tidur waktu siang.
Jadi apabila kurang tidur waktu siang, maka bayi akan tidur dengan lena pada waktu malam.



biarkan anak bermain sendiri
Foto Kredit: pleaseandcarrots.com

2. Lakukan rutin yang konsisten sebelum tidur

Latihkan anak membuat rutin yang sama sebelum tidur misalnya mendengar muzik, membaca buku dan memeluknya.
Jadi setiap kali anda membuat rutin itu, anak dapat mengenal pasti yang ia hampir dengan waktu tidurnya.



Corak tidur bayi
Foto Kredit: popsugar.com

3.Bagi masa anak tenang

Jangan paksa anak terus tidur sebaik meletakkannya di atas katil.
Jika anak menangis sambil mencari posisi tidur yang selesa, tepuk perlahan-lahan sehingga anak lena dengan sendirinya.



cara tidurkan bayi
Foto Kredit: qsota.com

4. Jadikan puting sebagai alternatif

Seboleh-bolehnya, memang anda ingin mengelakkan puting kosong daripada diberikan kepada bayi.
Tetapi, jika tiada jalan lain yang boleh dilakukan untuk menenangkan anak yang merengek pada waktu malam, berikan puting kerana ia mampu memberi ketenangan pada anak.
Tapi, cepat cabut puting tersebut apabila anak tertidur supaya dia tidak begitu terbiasa dengannya.



anak hisap puting
Foto Kredit: univision.com

5. Aura tidur dalam pencahayaan suram

Setiap kali masuk tidur, gelapkan sedikit pencahayaan dalam bilik.
Secara automatik, bayi akan tahu itu waktu tidurnya. Ini akan memudahkan lagi bayi untuk tidur sebaik diletakkan atas katil.
Cara tidurkan bayi dalam lampu suram ini juga memberi impak kepada kualiti tidur bayi.



cara tidurkan bayi
Foto Kredit: ebay.com

6. Suasana dalam bilik tidur konsisten

Pastikan suasana dalam bilik tidur sama sebelum bayi tidur dan bangun.
Jika bayi terjaga pada tengah malam, bayi mudah panik dan apabila melihat persekitaran yang biasa dilihat, bayi akan mudah kembali lena.



Foto Kredit: babble.com
Foto Kredit: babble.com

7. Elak berkongsi katil dengan bayi

Salah satu cara tidurkan bayi yang paling berkesan adalah mengelakkannya terganggu dengan bunyi bising.
Jika ingin bayi berdekatan dengan anda, letakkan bayi dalam ‘crib’ dan letakkannya dalam bilik anda.
Dengan ini, mudah untuk anda pantau waktu tidurnya.
Anda juga boleh menggunakan ‘bedside crib’ yang boleh disambungkan terus pada katil anda.



Foto Kredit: 114118hr.com
Bayi cepat terjaga jika anda tidur sekatil dengannya. / Foto Kredit: 114118hr.com

Meskipun masih kecil,

…penting melatih bayi mengikut rutin yang sama.
Dengan melakukan cara tidurkan bayi seperti di atas, apabila sudah terbiasa, bayi akan mudah tidur.
Selain itu, bayi kurang terjaga pada tengah malam dan berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti.
loading...

0 Response to "Dengan 7 Rutin Ini, Bayi Pasti Akan Tidur Awal & Tak Berjaga Malam"

Post a Comment