loading...
Kakitangan Rayani Air memaklumkan ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan patuh syariah itu mengalami tekanan darah yang tinggi dan sedang dirawat di hospital.
“Beliau masih dirawat di hospital. Malam semalam tekanan darahnya terlalu tinggi dan dia pengsan,” kata kakitangan yang tidak mahu dinamakan itu.
Terdahulu, New Straits Times Online melaporkan Ravi gagal menghadiri inkuiri Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) hari ini kerana pengsan.
Isterinya, Karthiyani Govindran dilaporkan berkata: “Saya minta maaf… Ravi pengsan,” katanya kepada pemberita seusai menghadiri sesi siasatan itu.
Karthiyani kemudianya bergegas ke hospital untuk melihat keadaan suaminya.
loading...
0 Response to "Pemilik Rayani Air Pengsan Sebelum Di Soal Siasat DCA"
Post a Comment