loading...
Jawatankuasa tatatertib PAS hari ini memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti .
Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah ADUN Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.
Justeru katanya, jawatankuasa tersebut dengan sebulat suara bersetuju memecat Husam dari menjadi ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan.
"Jawatankuasa tatatertib telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan mempertimbangkan kes beliau dari semua aspek.
"Husam didapati melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sanusi berkata, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangan Husam.
loading...
0 Response to "PAS pecat bekas naib presidennya, Husam Musa"
Post a Comment