loading...
Apa itu Full Paying Patient (FPP)?
Full Paying Patient atau dalam Bahasa Melayunya adalah Pesakit Membayar Penuh, bermakna pesakit atau majikan seseorang pesakit bersetuju dengan sukarela untuk membayar segala fee rawatan perubatan di hospital kerajaan dengan kelebihan seperti boleh memilih pakar yang dikehendaki dan ditempatkan di wad Kelas Pertama dan Eksekutif.
Sekarang ni apahal doktor dan hospital pulak KEJAM ni?
Kita fokus kepada post FB oleh ajen insurans yang dah tersebar ni.
1. Dah nazak doktor kerajaan tak tolong kalau tak ada duit.
- Saudara Ajen Insurans, nama pun nazak, kalau anda sendiri eksiden kat jalan, tersepit dekat tempat pemandu, tengah mencungap2 nazak, takdenya ambulans yg datang tolong tu mintak duit dulu sambil bukak resit. Even kalau saudara ada insurance berjuta pun diorang tak peduli. Yang penting, saudara cuba diselamatkan dahulu. Duit ke apa tolak tepi. Nyawa saudara lebih penting.
2. Hospital Sultan Ismail memang hospital kerajaan.
-Saudara membandingkan dengan hospital swasta yang dah tentu sebelum masuk kena letak deposit.
3. Tak ada siapa suruh sediakan deposit sampai 10K untuk masuk hospital kerajaan.
4. Saudara pernah dengar FPP? Ceh, adakah saudara pernah pergi sekolah pun sebelum jadi ajen insurans?
5. Tengok borang persetujuan penerimaan FPP tu. Pesakit sendiri yg setuju nak bayar penuh. Atas alasan tersendiri.
6. Rujuk pula slip Arahan Masuk Wad. Wad 10A memang wad Kelas Pertama.
7. Rujuk pula deposit RM10K, memang macam tu, biasanya utk FPP deposit RM3 ribu atau 50% dari kos keseluruhan rawatan.
8. PW nak ambik saudara jadi ajen insurans. Sila PM kami. Saudara mungkin belum mengerti kekejaman tu macam mana. Kami boleh bantu.
loading...
0 Response to "Lagi Penipuan Agent Insurans Di Dedah dan Memalukan"
Post a Comment