loading...
Ayat dalam beberapa kerat. Jarak sampai 2 langkau. Lepas tu jual dalam 20 ke 25. Seriyus, ini buku ke? Abaikan bab pengisian dia yang langsung tak ilmiah. Merosakkan dah tentu. Kebodohan Amran untuk orang yang bodoh. Itu dah pasti.Begitula antara kritikan-kritikan yang diterima oleh penulis buku tersebut.
Aku tidak pernah membeli buku Amran samada yang pertama mahupun yang kedua. Ini kerana aku sangsi jika dia mempunyai sesuatu yang aku minat untuk membaca. Oleh kerana aku memahami 'tabiat' penulisannya di alam maya, maka aku mempercayai kami tidak mempunyai minat yang sama. Tambahan pula aku suka kepada bacaan yang berat dan ilmiah maka aku merasakan buku dia tidak akan mampu menarik minat aku. Sebab tu aku tak pernah terlintas nak beli. Tak pernah belek di kedai buku bukan atas faktor benci mahupun boikot. Aku tak pernah tahu apa ada pada isi. Sehingga la buku-bukunya dikritik secara meluas kerana copy-paste status facebook dan ada suara-suara penyesalan yang membeli bukunya. Dan yang lebih membuatkan aku rasa 'terpegun' dengan sikap penulis apabila dia up pula kritikan-kritikan terhadap buku dia di fan page dia dengan tujuan 'menyindir, memalukan & menyerang' si pemberi kritikan. Sangat tidak bertamadun. Untuk seseorang yang beli buku kau, dia punya hak untuk memberikan pandangan kerana dia mengeluarkan wang untuk membaca isi penulisan kau. Samada kritikan dia bersifat mendidik, memuji, menyokong ataupun menghentam, sebagai penulis you have to learn to view from the positive 'sight'. Apabila kita menerima dengan baik kritikan ke atas diri kita, kita mungkin akan mampu menulis lebih baik dari sebelumnya. Agak malang kritikan tidak dipandang sebagai 'luahan' kasih sayang untuk memperbaiki diri bahkan dipersenda-sendakan pula.
Selepas membuat lawak cangkul, dikatakan beberapa agen buku menarik diri daripada menjual buku AF terutamanya yang terbaru. Tetapi jika kita perhatikan tweet dari ex CEO DUBOOK sendiri, buku Amran Fans yang kedua sememangnya telah pun diharamkan oleh KDN dalam pesta buku baru-baru ini. Alasan tidak dinyatakan secara detail. Bagi aku, buku lawannya buku. Maka, tidak sokong juga kepada pengharaman itu.
Tetapi dalam kes AF, aku nampaknya perlu mengadun semula konsep pemikiran sebegitu.
Buku lawannya buku jika pengisiannya ilmiah.
Jika pengisiannya berbaur ketidaksenonohan, baik tak payah lawan dengan buku. Amek kapak atau hammer, ketuk je kepala penulisnya. Dah nazak kena kahwin tu bila dah tergedik-gedik cerita seks 24 jam. Tak cukup medium efbi, kini buku pula. Elokla cari isteri cepat-cepat sebelum mati kempunan Meran.
Lihat ;
Sumber.
Sasarannya pula anak-anak muda sekolah yang tak cukup zat matang lagi. Maka bertambah-tambahla kes buang bayi**. Kata nak lawan, nak didik tapi ini macam mengalakkan je.
Antara kritikan-kritikan terhadap buku
tersebut ;
Aku belum pernah beli (dan takan beli) buku AF samada yang pertama mahupun yang kedua. Oleh kerana itu aku tak boleh melakukan review penuh. Kalau diberi orang untuk pinjam pun aku rasa aku takan baca disebabkan penulisan sebegitu tidak kena dengan minat aku.
Aku berharap penulis AF dapat menerima kritikan ke atas buku-bukunya dengan matang dan berhemah. Perbaiki diri untuk menjadi penulis yang lebih baik pada masa akan datang. Belajar dari kesilapan kerana ia akan memperbaiki kegagalan. Jangan berputus asa jika seriyus ada niat nak menerbitkan karya bermanfaat. Lainla, kalau tujuannya untuk suka-suka, sila abaikan nasihat.
Hihihi..
loading...
0 Response to "Koleksi Ayat Tidak Senonoh, Lucah, Punca Banyak Ejen Buku Tidak Mahu Jual Buku Amran fans"
Post a Comment