loading...
Rakyat Johor berpeluang memiliki rumah berharga bawah RM100,000 seunit yang dinaungi Yayasan Sultan Ibrahim dengan pembayaran deposit serendah RM1.
Inisiatif berkenaan adalah kerjasama antara Bank Rakyat dan Yayasan Sultan Ibrahim bertujuan memenuhi keperluan 6,000 pemohon berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.
Presiden dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak berkata, bank itu memperuntuk RM500 juta pembiayaan akhir kepada pembeli yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.
"Pembeli hanya perlu mendaftar dengan Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Maklumat lanjut mengenai projek tersebut akan diumumkan Yayasan Sultan Ibrahim melalui Unit Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
loading...
0 Response to "Yayasan Sultan Ibrahim Membantu Rakyat Johor Kini Boleh Beli Rumah RM 100,000 Dengan Membayar RM1 Sahaja"
Post a Comment