Najib akui isu bauksit satu kesilapan Kerajaan

loading...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengakui pencemaran bauksit di Pahang adalah suatu kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan. – Gambar FMT

Najib berkata demikian ketika menekankan kepentingan alam sekitar yang mampan semasa menyampaikan ucap tama acara Invest Malaysia 2016 di Kuala Lumpur, hari ini.

“Ekonomi mampan adalah termasuk usaha kita untuk memelihara alam sekitar, dan kita akan berbuat begitu.

“Tentulah, kadang-kala kita melakukan kesilapan – pencemaran bauksit di pantai timur sebagai contoh.


“Namun kita sedang mengambil langkah untuk menanganinya. Kita baru sahaja melanjutkan tempoh pengharaman perlombongan untuk tiga bulan lagi dan kita akan menegaskan garis panduan lebih ketat,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Najib tidak mengulas lanjut mengenai butiran kesilapan pencemaran bauksit tersebut yang mana telah mendatangkan kesan buruk kepada penduduk setempat.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kabinet bersetuju moratorium perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang sepatutnya berakhir 15 April ini dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan lagi.

Lanjutan berkenaan adalah bagi membolehkan stok simpanan bauksit sedia ada berjumlah hampir empat juta tan dieksport ke luar negara.

Sejumlah empat juta tan stok simpanan bauksit itu merangkumi 28,900 tan di Pelabuhan Kuantan, 1.38 juta tan di kawasan luar berhampiran Pelabuhan Kuantan dan 2.3 juta tan di stok simpanan di kawasan perlombongan.
loading...

0 Response to "Najib akui isu bauksit satu kesilapan Kerajaan"

Post a Comment