Kisah Perigi Cari Timba Terbaik : Terpaksa Curi Nombor Phone Dia...

loading...


Jarang ada perempuan yang mengorat lelaki. Namun, itulah pengalaman saya mengorat suami suatu ketika dahulu.

Kami bekerja di satu pejabat. Saya sebagai pekerja baru dan suami pula ada pekerja senior. Tetapi usia kami sebaya. Tiga bulan pertama, dia suka mengusik saya sebab saya orang baru di situ. Lama kelamaan, saya menjadi suka pula pada gurauan dia. 

Satu hari, ketika mesyuarat, boss suruh dia pergi buat tugasan luar selama dua minggu. Terus dia mengusuk saya dan berkata, "Kau jangan rindu aku plak,".

"Aduh! Lamanya dia nak pergi outstation," kata saya dalam hati. 

Kami tak pernah berkongsi nombor telefon. jadi, sehari sebelum dia pergi buat kerja di luar kawasan, saya mengajak dia dengan kawan-kawan yang lain pergi minum dan bersarapan pagi. Di situ, saya duduk di sebelahnya sambil mengusik-usik handphone dia di atas meja itu. 

Bila cuba dibuka, ada kata laluan pula. Mulut gatal, terus minta password. Dia pun tak banyak soal terus memberi kata laluan itu. Saya terus pergi ke bahagian mendial nombor, konon-kononnya nak miss call handphone sendiri. Sekali tengok, baki tidak mencukupi. Saya tergelak-gelak seorang diri sebab misi tidak berjaya nak mencuri nombor telefon dia. 

"Jumpa apa dalam handphone saya sampai tergelak seorang-seorang?" soalnya. 

"Sebenarnya saya nak curi-curi miss call handphone awak tetapi telefon awak tak ada kredit. Erm, nak nombor telefon boleh?"

Selepas mendengar alasan saya, dia terus tergelak sebab saya jujur sangat. Jadi, terpaksalah saya miss call handpohone dia sebab saya saja yang ada kredit. Malam itu, dia mula bermesej dengan saya. 

Alhamdulillah, jodoh saya dan suami panjang hingga ke alam perkahwinan. Berkawan selama 3 bulan, bertunang 3 bulan, lepas itu nikah. Cepat saja masa berlalu. Sekarang sudah dua tahun kami berkahwin dan sudah mempunyai seorang zuriat. 

Bila kelapangan, suami suka mengusik saya dan mengungkit cerita saya pernah mengorat dia, menjadikan muka saya panas menahan malu. Tetapi itulah saat permulaan hubungan kami. Doakan kami kekak bahagian hingga ke jannah. Inshallah. 

loading...

0 Response to "Kisah Perigi Cari Timba Terbaik : Terpaksa Curi Nombor Phone Dia..."

Post a Comment