Kau Memang Lelaki Tak Guna : Kikis harta Aku

loading...
LELAKI TAK GUNA

Harap dapat sembunyikan identiti Saya kalau ingin dikongsi cerita ini pada umum.
Ramai orang Ada kena fan pahit-manis-jerih-seronok membeli rumah pertama.
Ini cerita Saya. 
Saya masih bujang, awal 30an. Alhamdulillah ada kerja dan pendapatan yg OK.
Saya baru membeli rumah tahun lepas. Agak lewat sebab Saya baru bekerja masuk tahun ketiga.
Tengah menabung untuk beli Rumah yg berikutnya, insyaallah. Dalam proses membeli rumah, saya berkenalan dgn seorang lelaki.
Dia banyak membantu dalam urusan rumah pertama Saya. Jadi Saya tidak keberatan berkawan dengan beliau.
Malangnya, diam-diam dia mengambil kesempatan. Dia sering beralasan utk meminjam duit.
Kenderaan rosak, terkandas di tempat asing. Mak sakit. Ayah masuk jail. Kakak kena cerai. Dompet hilang. Duit cicir.
Diam-diam mencecah ribuan ringgit juga duit Saya 'dipinjam'.
Saya buka buku 555 untuk buat kira2 hutang beliau, dia buat2 terkejut sebab tak sangka banyak.
Merayu2 tiada wang. Nak mati. Tak nak hidup lagi. Drama sangat! Dia memang tiada niat untuk pulang duit yang dipinjam.
Saya memang sejak awal sudah anggap sedekah saja hutang2 beliau.
Orang kalau tak malu meminjam duit berkali-kali, memang tak malu untuk tak bayar hutang.
Saja Saya buat kira2 buku 555 tersebut.
Saya nak tunjuk yang hutang dia dah menggunung. Saya dah tak larat nak bagi dia 'berhutang' lagi.
Yang lebih saya sakit hati, katanya saya mudah cari duit. Kerja di pejabat. Tiada risiko.
Gaji beribu-ribu. Tiada tanggungan. Tak kan tak boleh dia nak minta tolong? Huh... Dasar lelaki pisau cukur!
Lepas tu mcm2 cerita juga lah. Sehingga Saya terpaksa buat laporan polis.
Sebab dia stalked Saya merata2, datang ketempat kerja. Ugut yang bukan-bukan. Siap mengaku dia teman lelaki saya.
Konon cinta mati, tak sanggup Saya tiada disisi. Memang gila!
Terima kasih dr Azizul sebab sudi membaca. Maaf kalau ter-emo.


Isteri Mengamuk di Tempat Awam Kerana Suami Curang
Posted by Media Info Semasa on Tuesday, April 12, 2016
loading...

0 Response to "Kau Memang Lelaki Tak Guna : Kikis harta Aku"

Post a Comment