Zahid Sifatkan Bekas Pemimpin Negara 'Gila Talak'

loading...
Orang begini adalah yang 'gila talak', kata Zahid


KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat.
   
Katanya, pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.
   
Katanya ada juga mereka yang semasa memegang jawatan dan kuasa dalam kerajaan, tidak melakukan apa-apa perubahan, tetapi apabila sudah tiada lagi jawatan, mereka terus membidas segala usaha gigih kerajaan.
   
"Orang ini adalah orang 'gila talak', apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul... padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi," katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini.
   
"Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu. Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan sekarang, pegawai-pegawai yang ada sekarang," katanya, dan menambah bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada individu tertentu. - Bernama

loading...

0 Response to "Zahid Sifatkan Bekas Pemimpin Negara 'Gila Talak'"

Post a Comment