Rakaman Polis Trafik Minta Rasuah tersebar

loading...
KUALA LUMPUR - Rakaman video seorang polis trafik yang didakwa meminta rasuah tersebar di laman Facebook sejak 18 Januari lalu.

Video berdurasi 3 minit yang dimuat naik oleh laman Kitai Iban DiSemenanjung SejalaiSegulai itu telah mendapat sebanyak 2,818 perkongsian di Facebook dan telah ditonton 470,119 kali.

Berdasarkan video, pemandu kereta itu telah melakukan kesalahan lalulintas menyebabkan dia ditahan. Lelaki itu cuba meminta diberikan peluang agar dilepaskan, namun pegawai polis trafik berkenaan enggan berbuat demikian kerana kesalahan yang dilakukannya adalah serius dan dendanya adalah RM300.


Setelah beberapa kali meminta peluang, akhirnya pegawai terbabit bersuara dan meminta pemandu itu membayar untuk dia dan dua lagi rakan setugasnya.

Enggan memanjangkan kes, lelaki itu menjelaskan dia hanya dapat memberi RM50 sahaja. Tetapi jumlah tersebut tidak memuaskan hati pegawai terbabit. Lalu meminta pemandu berketurunan Cina itu menaikkan jumlah bayaran sebanyak RM100.

Setelah puas tawar menawar, akhirnya pemandu terbabit membayar RM60 sahaja sebelum dibenarkan beredar dari tempat itu.

Di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya mereka terhadap pegawai yang didakwa meminta rasuah terbabit. Mereka juga meminta PDRM siasat dan ambil tindakan kerana kegiatan seperti ini mencemarkan imej PDRM. 





Nampak tak apa yang saya nampakmengikut amalan patik barang siapa yangtak nampak Anak luar nikah---''Nujum Pak Belalang"
Posted by Kitai Iban DiSemenanjung SejalaiSegulai on Thursday, February 18, 2016
loading...

0 Response to "Rakaman Polis Trafik Minta Rasuah tersebar"

Post a Comment