Ahli Parlimen Belia Mahu Kerajaan Halalkan Hisap Ganja

loading...


Seorang wakil Ahli Parlimen Belia mencadangkan supaya kesalahan menghisap marijuana atau ganja dikaji semula kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah.

"Ganja bukan dadah... Saya hanya luahkan pendapat belia yang saya temui di peringkat akar umbi," kata Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli yang dipetik oleh The Star Online.

Kenyataannya itu ditweet semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Muhamad Ridhwan, yang mewakili Selangor, membahaskan usul mengenai meningkatkan undang-undang dadah di negara ini pada sidang Parlimen Belia, hari ini

"Mereka kata bahawa ganja adalah sah di Amerika Syarikat dan Australia, yang merupakan sebahagian negara yang menganggotai TPPA.

"Jika demikian, kita harus menyusul dan setanding dengan mereka supaya tidak bertentangan dengan TPPA," katanya.

Muhamad Ridhwan menegaskan bahawa beliau tidak menyokong amalan menghisap ganja tetapi semata-mata mahu ia dikawal selia.

Katanya, ganja hanya menyumbang sebanyak lapan peratus daripada semua jenis ketagihan berbanding 60 peratus daripada morfin dan 30 peratus daripada heroin.


Kami Bantah  Kerana:



[Edisi Kebangangan Bertahap Tinggi dalam Parlimen Belia]

Legalize isap ganja sebab M'sia sign TPPA. Sebab Amerika dan Australia legalize, kita pun kena setanding.
Setanding dari segi kebodohan.
Takleh terima betul argumen yang takde asas macam "I am merely expressing the views of the youths that I meet at the grassroots"
Betapa la bangangnya wakil dari Selangor tersebut.
Kalau ramai youth kat bawah yang kau jumpa mintak nak legalize manusia kawen dengan kambing kau boleh tolong suarakan ke peringkat Parlimen Belia ni?
Cukuplah bahana masalah dalam masyarakat disebabkan najis dadah selama ni..
Tambah beliau lagi,
"At present, he noted that more than 60% of addicts are hooked on morphine and heroine, 30% on methamphetamine and only 8% on ganja."
"If we supervised the use of ganja, the numbers could be reduced to zero,"
Memanglah dol, kalau dah legalize memang lah zero peratus penagih ganja dlm statistik penYALAHGUNAAN.
Tapi dalam statistik bilangan PENGGUNA sure berlipat kali ganda naiknya kalau legalize.
Ingat ke nak bawak isu belia sihat ke apa, ni nak bawak isu supaya boleh stoned ramai2.
Brrrrrr...
loading...

0 Response to "Ahli Parlimen Belia Mahu Kerajaan Halalkan Hisap Ganja"

Post a Comment