Wanita Akan Lebih Tertarik Dengan Bau Badan Lelaki Yang Suka Makan Bawang Putih

loading...
Pastinya setiap lelaki di luar sana sentiasa mencari-cari cara untuk memikat hati para wanita sama ada melalui ciri luaran seperti menjaga keterampilan diri mahupun dengan mempamerkan hati budi sebagai seorang lelaki gentleman.


Adakah anda tahu apa yang anda makan juga mampu membuatkan wanita lebih tertarik kepada anda.


Ini kerana satu kajian mengenai lelaki yang mengambil bawang putih mengikut kadar yang ditetapkan mampu melahirkan bau badan yang lebih menarik perhatian kaum wanita.

Perkara ini dibuktikan melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Charles University, Prague yang mana sekumpulan lelaki dibahagi kepada dua.


Responden daripada kumpulan pertama dikehendaki memakan sandwich keju bersama 12 gram bawang putih manakala satu kumpulan lagi dikehendaki hanya memakan sandwich keju kosong.

Selepas itu mereka dilarang memakai sebagai wangian atau deodorant dan dilarang merokok selama 12 jam. Selain itu kapas turut dibekalkan untuk mereka letak di bawah ketiak masing-masing sepanjang tempoh itu.


Ujikaji itu diulang lagi pada minggu seterusnya dan setelah itu kapas tersebut akan diuji untuk dihidu oleh beberapa orang wanita.

Keputusan menunjukkan kumpulan lelaki yang memakan sandwich keju bawang putih mempunyai bau badanyang lebih menarik dan maskulin berbanding kumpulan lagi satu.



Para penyelidik tersebut mengatakan keputusan ini menunjukkan kesan yang positif kerana ciri antioksiden yang ada pada bawang putih. Ia berperanan menjadikan bau badan seseorang lelaki itu lebih baik.
loading...

0 Response to "Wanita Akan Lebih Tertarik Dengan Bau Badan Lelaki Yang Suka Makan Bawang Putih"

Post a Comment