Nasi Lemak Halal, Label ‘laknatullah’

loading...

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menempelak golongan yang mempromosikan dan menyokong produk jualan yang menggunakan ‘jantina rekaan yang tidak diiktiraf’.

Menurutnya, sesiapa yang melakukan perbuatan sedemikan bermaksud telah membantu kemungkaran dan dosa. Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian di laman Facebooknya pada hari Rabu lepas, dipercayai sebagai komen beliau berkenaan isu tular ‘Nasi Lemak Pondan’ dan ‘Nasi Lemak Gay’ baru-baru ini.

“Apa-apa produk yang mempromosikan unsur yang menyanggahi fitrah, hendak ditolak oleh masyarakat yang waras. Sesiapa yang membantu mempromosikan jenama apa sahaja produk ‘jantina rekaan’ yang menyanggahi fitrah insan yang rasional, sesungguhnya dia telah membantu kemungkaran dan dosa,” kata beliau. Mufti Perlis dengan tegas menyatakan bahawa fitrah manusia dan pandangan agama Islam adalah selari di dalam isu ini bahawa hanya terdapat dua sahaja jenis jantina iaitu lelaki dan perempuan, dan khunsa hanyalah kes terpencil yang diiktiraf sekiranya memenuhi dengan syarat-syaratnya.

“Fitrah manusia yang waras hanya mengiktiraf dua jenis jantina; lelaki dan perempuan. Jika ada yang khunsa maka itu dianggap kes terpencil yang diiktiraf dengan syarat-syaratnya. Demikianlah pendirian Islam sebagai agama yang selaras dengan fitrah manusia yang normal.” Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan penerimaan jantina rekaan seperti pondan, mak nyah, pengkid dan sebagainya sebagai tidak waras, dan tidak mendapat tempat di dalam agama Islam. Beliau menasihatkan mereka yang berkenaan supaya mendapatkan rawatan pakar, dan tidak lagi berterusan melayan nafsu songsang diri sendiri.


“Adapun jantina rekaan ataupun yang diada-adakan, atas apa nama sekalipun; pondan, mak nyah, darai, pengkid, ataupun apa sahaja, kesemuanya ditolak oleh insan yang waras. Ini kerana ia ditolak oleh fitrah manusiawi yang sejahtera. Demikian ia ditolak oleh agama yang berdiri teguh atas fitrah insani waras,” kata beliau. Tambahnya lagi, “Jika ada yang kekeliruan jantina maka hendaklah ia merujuk kepada pakar bidang berkaitan bukan kepada ‘kecelaruan diri’ sendiri.”

Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru agar umat Islam memboikot semua jenis servis, perkhidmatan dan barangan yang mempromosikan jantina yang diiktiraf oleh agama dan fitrah manusia yang waras. “Maka katakan tidak kepada karya seni, filem, produk makanan, barangan dan apa sahaja yang mempromosikan jantina yang tidak diiktiraf itu,” ujar beliau.

loading...

0 Response to "Nasi Lemak Halal, Label ‘laknatullah’"

Post a Comment