Menggunakan Deodorant Penyebabkan Kanser Payudara

loading...

Buang deodorant yang mengandungi Aluminium Chlorhydrate, ia penyebab kanser payudara



(Kiri) Produk Nivea mengandung Aluminium Chlorhydrate. (Kanan) produk deodorant yang selamat digunakan | Foto - Mastura Liyana

Oleh Dzannaz


Aluminium Chlorhydrate (AC) terdapat dalam Nivea Deodorant sensitive without alcohol dan juga dalam Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak di dalam Dove fresh touch, juga Rexona Men Xtreme.


Baru-baru ini, saya menghadiri sebuah seminar tentang kanser payudara. Waktu soal jawab, saya mengajukan pertanyaan tentang mengapa bahagian ketiak adalah tempat di mana paling sering perkembangan kanser payudara terjadi.


Waktu itu, pertanyaan saya tidak dapat dijawab dan akan diberi jawapan kemudian hari. Selang beberapa waktu, saya menerima pos di mana ada keterangan/jawapan bagi pertanyaan saya. Keterangan atau jawapan itu ingin saya kongsikan kepada anda semua.


Penyebab utama untuk kanser payudara adalah kerana pemakaian produk-produk Anti-Transpiranten (anti-peluh). Kebanyakan produk yang ada di pasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk deodorant sendiri tidak berbahaya.


Mohon periksa bahan-bahan apa saja yang tertera di label produk-produk deodorant anti-peluh anda di rumah. Jika mengandungi AC, segeralah buang dan cuba gunakan produk lain yang tidak mengandungi bahan AC ini. Biar mahal sedikit, asal tidak memudaratkan kesihatan kita. 


Alasannya adalah sederhana. Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat-zat racun, iaitu bagi belakang lutut, belakang kuping, di antara kaki dan ketiak. Zat-zat racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh. 


 

Produk-produk anti-peluh mencegah peluh dari keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat-zat racun tadi tidak boleh dikeluarkan dar dalam tubuh melainkan tertumpu di kelenjar getah bening di bawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di bahagian atas payudara. 


Lelaki tidak sepeka wanita terhadap penyakit jenis ini. Meskipun lelaki menggunakan produk-produk anti-peluh, bahan-bahan produk ini biasanya tinggal melekat di permukaan ketiak dan secara tidak langsung masuk ke dalam kulit. 


Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak akan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya kerana luka-luka akibat aktiviti mencukur ketika akan dicemari dengan bahan-bahan kimia dari deodorant yang digunakan. Keadaan itu mempercepatkan bahan-bahan kimia masuk ke dalam badan. 


Rupanya setelah diperiksa, saya juga menggunakan deodorant yang mempunyai AC. Saya terus buang dan akan berhati-hati ketika memilih deodorant selepas ini. 


Tolong sebarkan hal ini kepada semua. Kanser payudara kian mencapai jumlah yang membimbangkan.


Walau bagaimanapun, usah panik. Menurut Dayang Nurfarhani, AC boleh menjadi salah satu faktor penyebab kanser payu dara tetapi masih belum ada kajian yang menyatakan AC adalah punca utama penyakit itu. 


"Setiap perempuan berbeza hormon, keturunan, gaya hidup dan sebagainya. Tetapi mengelakkan penggunaan deodorant yang mengandungi AC boleh menjadi satu langkah untuk mengelakkan risiko kanser payu dara," tulisnya.


Semakan di laman Cancer.org juga mengesahkan wanita yang mencukur bulu ketiaknya dan kemudian menggunakan deodorant adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

Kontroversi

Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara.

Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia.

Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute.

Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja di makmal-makmal masih membuka perdebatan ini.

Mereka mendapati sejenis bahan kimia paraben yang terdapat pada deodarant/antiperspirant dan beberapa bahan kosmetik lain, menjadi penggalak bagi terjadinya kanser payudara.

Apa itu Paraben

Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pengawet, terutama dalam industri kosmetik, makanan dan farmasi. Ia boleh menyebabkan produk-produk ini tahan lama. Antara contohnya ialah shampoo, krim pelembap, pelincir, alat solek dan ubat gigi.
Paraben mempunyai struktur menyerupai hormone estrogen. Oleh itu dikhuatiri Paraben juga boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tisu payudara. Seperti mana yang sedia diketahui hormon estrogen boleh menggalakkan pertumbuhan kanser payudara.
Pada tahun 1998, Prof Dr John Sumpter dan rakan-rakannya di Universiti Brunel, England telah menerbitkan satu kajian yang mengatakan bahawa paraben boleh berfungsi seperti hormon estrogen wanita.

Ia juga disokong oleh kajian Golden R, Gandy J dan Vollmer G pada tahun 2005 bertajuk “A review of the endocrine activity of parabens and implications for potential risks to human health” yang diterbitkan dalam Jurnal Critical Reviews in Toxicology muka 435–58.
Pada July 2002 Dr. S. Oishi dari Jabatan Toxicology, Tokyo Metropolitan Research Laboratory, Jepun, menyatakan dalam Journal Archives of Toxicology, “pendedahan anak-anak yang baru lahir di kalangan mamalia pada butylparaben menyebabkan kesan yang tidak baik dalam penghasilan hormon lelaki testosterone dan fungsi pembiakannya”. Ini bermakna sifat kelakian dan kebolehannya untuk menghasilkan sperma yang baik akan terjejas.

Namun begitu banyak kajian yang menolak dakwaan saintis itu kerana mereka berpendapat paraben mempunyai kebolehan untuk berfungsi menyerupai hormon estrogen yang lemah iaitu 100 000 kali lebih lemah berbanding dengan hormon estrogen semulajadi dalam tubuh wanita.

Jadi kesimpulannya paraben adalah bahan pengawet yang berada dalam kosmetik, boleh bertindak seperti hormon estrogen. Hormon ini yang memberikan kesan kewanitaan akan menyebabkan lelaki mengalami masalah ketidaksuburan. Kesannya pada wanita pula menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara.

Tetapi paraben mempunyai sifat yang lemah untuk bertindak sebagai hormon estrogen. Jadi bagaimanakah bahan yang 100 000 kali lebih lemah dari estrogen, boleh menyebabkan kanser payudara pada wanita dan ketidaksuburan pada lelaki?

Paraben dan kanser payudara

Kontroversi ini sebenarnya bermula dari satu kajian yang dilakukan oleh Harvey PW dan Everett DJ dalam Journal of Applied Toxicology 24 (1): 1–4. terbitan 2004 bertajuk “Significance of the detection of esters of p-hydroxybenzoic acid (parabens) in human breast tumours”.

Ia juga disokong oleh satu lagi kajian oleh sekumpulan penyelidik yang terdiri dari Dr Darbre PD, Dr Aljarrah A, Dr Miller WR, Dr Coldham NG, Dr Sauer MJ, Dr Pope GS yang diterbitkan Journal of Applied Toxicology 24 (1): 5–13 yang bertajuk “Concentrations of parabens in human breast tumours”.

Mereka mendapati terdapat kepekatan secara purata 20 nanograms parabens dalam setiap gram tisu payudara telah dikesan dalam sample 20 tisu kanser payudara. Penemuan ini (walaupun ia kajian saintifik tidak lengkap) telah membuka kontroversi itu.

Malah Pakar Molecular Biologist dari UK, Prof Dr Philippa Darbre, memberitahu struktur paraben yang menyerupai hormone estrogen, apabila disapukan di bahagian ketiak (sebagai doedorant) menyebabkan kanser payudara, dan menjelaskan fenomena di mana 60% kes kanser payudara kebanyakkannya berada berdekatan dengan ketiak (iaitu bahagian ‘upper-outer quadrant’).

Pada tahun 2004 satu kajian di Universiti Northwestern oleh pakar Immunologist Prof Dr. Kris McGrath mendapati banyak kes-kes kanser payudara di peringkat awal berkaitan dengan kekerapan menggunakan deodorant/antiperspirant di ketiak.

Kajian-kajian ini telah memulakan satu hipotesis yang memerlukan pembuktian bahawa “parabens pada deodorants yang digunakan di ketiak boleh bergerak ke tisu payudara dan menyebabkan kanser payudara.”

Masih banyak bukti saintifik diperlukan

Masyarakat sains dan perubatan masih lagi membuka perdebatan ini dan mengesyorkan lebih banyak kajian yang lebih baik dilakukan. Sebagai contohnya, kita memerlukan kajian bilangan pesakit-pesakit kanser payudara yang memakai deodorant berbanding dengan bilangan pesakit kanser payudara yang tidak memakai deodorant.

Walaupun sememangnya diketahui estrogen boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser, namun estrogen tidak menyebabkan aktiviti mutasi. Aktiviti mutasi adalah aktiviti yang menyebabkan sel-sel normal bertukar menjadi sel-sel kanser. Terdapat perbezaan besar antara penggalak dan penyebab terjadinya sel-sel kanser.

Apatah lagi estrogen adalah hormon semulajadi yang ada pada setiap wanita. Adakah setiap wanita mempunyai risiko menghadapi kanser payudara kerana tubuh mereka secara semulajadi mempunyai hormon ini?

Jawapannya adalah tidak, kerana ia banyak bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti faktor keturunan, obesiti, bilangan anak dan umur. Apatah lagi paraben adalah bahan yang mempunyai sifat estrogen yang lemah.

Satu kajian yang menyemak kajian-kajian sebelum ini dilakukan pada tahun 2005 oleh sekumpulan saintis memberikan kesimpulan “terlalu sukar untuk diterima bahawa paraben beoleh menyebabkan peningkatan risiko pada kesuburan lelaki dan kanser payudara, jika dibandingkan dengan pendedahan yang lebih besar oleh bahan semulajadi yang terdapat pada pemakanan seperti phytoestrogen”

Kajian ini dapat dibaca dalam Journal Critical Reviews in Toxicology 35 (5): muka 435–58 oleh Dr Golden R, Dr Gandy J dan Dr Vollmer G, bertajuk “A review of the endocrine activity of parabens and implications for potential risks to human health”..

Persatuan Kanser Amerika (American Cancer Society) juga membuat kesimpulan bahawa tiada bukti saintifik yang cukup untuk menyatakan bahawa penggunaaan alat-alat kosmetik seperti deodorant akan meninggikan risiko seseorang untuk mendapat kanser payudara.
Pakar Epidemiologist Prof Dr Michael Thun berkata “katakanlah paraben boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser di payudara, tetapi risiko ini terlalu kecil kerana paraben adalah estrogen yang sangat lemah. Bahkan ia boleh dikira terlalu kecil berbanding dengan faktor-faktor lain yang menggalakkan kes kanser payudara”.

Faktor pengambilan hormon estrogen sebagai pil perancang dan faktor obesiti adalah lebih 500 hingga 10,000 kali ganda lebih tinggi daripada pendedahan paraben.

Kenyataan ini disokong oleh sekumpulan saintis Dr Namer M, Dr Luporsi E, Dr Gligorov J, Dr Lokiec F, Dr Spielmann M dalam Jornal berbahasa Perancis Bulletin du Cancer 95 (9): pada muka surat 871–80 (2008 Sep). dengan tajuk “The use of deodorants/antiperspirants does not constitute a risk factor for breast cancer

Industri kosmetik masih berpendapat bahawa paraben adalah selamat kerana ia telah lama digunakan dan berdasarkan kepada banyak rekod-rekod keselamatan produk. Malah mereka sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Saintifik Eropah yang mewajibkan kandungan paraben tidak seharusnya melebihi kepekatan to 0.4% pada setiap produk kosmetik.

Kini terserah pada kita untuk membuat kesimpulan, sama ada mahu meneruskan penggunaan deodorant atau tidak. Bagi saya sendiri, penggunaan deodorant boleh digunakan setelah kita memerhatikan label kandungan paraben tidak melebihi 0.4% ketika kita membeli apa-apa produk kosmetik, farmasi atau makanan.
Wallahu alam.
Dr.Zubaidi





loading...

0 Response to "Menggunakan Deodorant Penyebabkan Kanser Payudara"

Post a Comment