loading...
Pengguna jalan raya terlibat kemalangan tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan kerana ia boleh dilakukan di lokasi kejadian bermula esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Bagaimanapun, ia hanya melibatkan kemalangan kecil dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun menurut Khalid, pada masa ini kemudahan itu hanya melibatkan kemalangan dalam kawasan antara Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban di Lebuhraya Utara Selatan sahaja.
Beliau berkata unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat mangsa yang terlibat kemalangan kecil.
“Melalui kemudahan ini mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 10/2017 bagi Perayaan Tahun Baru Cina di Subang.
“Mereka juga boleh mendapatkan laporan segera yang dibuat di lokasi kemalangan tanpa perlu ke balai polis. Ini adalah untuk memudahkan mereka terlibat agar tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis,” katanya.
Sementara itu, beliau mendedahkan kemalangan jalan raya meningkat kepada 7,512 pada tahun lalu berbanding 6,076 pada 2015.
Menurutnya, 60% daripada jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.
“Analisis kami mendapati mereka tidak mematuhi peraturan jalan raya.
“Walaupun tindakan undang-undang dilaksanakan ke atas pesalah trafik di mahkamah, namun ia masih gagal mendisplinkan pemandu negara ini yang membawa kebimbangan apabila tibanya musim perayaan.”
loading...
0 Response to "Pengguna Jalan Raya Yang Kemalangan Tidak Perlu Ke Balai Polis Membuat Laporan Mulai Esok "
Post a Comment