Doktor Semalam Macam S**L

loading...

Dah lama Abam MOfrust tak frust. Bahasa Abam kebelakangan ni murni murni je. Tapi petang ni bila Abam baru nak take a nap, dapat pula screenshot ni. Terus tak jadi nap (pun intended).







Sebuah hospital kerajaan di belah utara telah dilabel dengan bahasa kesat & dilemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Cerita nya begini, pesakit adalah seorang kanak kanak yang sesak nafas. Dibawa ke hospital oleh ibu bapa untuk diberi rawatan.

Ibu menuduh doktor bersikap kasar atas sebab:
1. Doktor meniggikan suara ketika bercakap dengan ibu.
2. Doktor memberi 'ugutan' bahawa anak akan datang balik ke hospital dalam beberapa jam dalam keadaan yang lebih teruk jika tidak dimasukkan ke wad.
3. Doktor tak memberi rawatan & tidak menyentuh langsung pesakit.

TAPI, semua tuduhan tersebut telah diterangkan semula oleh doktor yang merawat pesakit tersebut. Mengikut penerangan yang diberi doktor telah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan.

1. SUARA TINGGI
Anaknya meraung & menangis - restless. Untuk sampaikan maklumat dengan betul, doktor terpaksa meninggikan suara supaya ibu boleh dengar apa yang diperkatakan.

2. UGUTAN
Doktor yang terlibat cuba memberi penerangan dengan memberi contoh. Kanak kanak yang datang ke kecemasan dengan keadaan sesak nafas yang memerlukan rawatan nebulised salbutamol berkali kali mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diserang asthma semula. Pemerhatian perlu diberikan supaya komplikasi tidak berlaku. Tindakan untuk tidak dimasukkan ke wad boleh mengundang bahaya. Tambahan pula keadaan cuaca yang sejuk sering menjadi trigger untuk serangan asthma dikalangan kanak kanak. Jangan lupa, asap rokok, walaupun tidak dihisap dihadapan anak anak boleh memburukkan keadaan pesakit.

3. TIADA RAWATAN
...tapi nebuliser diberikan. Itu juga rawatan. Pemerhatian di wad juga rawatan. Oxygen yang diberi pun rawatan. Rawatan BUKAN bermaksud HANYA memberi ubat.



Penerangan telah diberi.
Tapi bagai menjirus air di daun keladi.

Bertambah Frust dibuatnya bila doktor tersebut mengatakan beliau baru sahaja selesai menguruskan kematian pesakit yang lain yang berlaku DIHADAPAN IBU PESAKIT!

WOW!
Rawatan dah diberi.
Nasihat dah diberi.
Keadaan cemas di bilik kecemasan pun dah dialami.
Pulang dengan begitu sahaja (AOR discharge).
Masuk tuduhan dalam Facebook.
Guna kata kesat.
Hebat!
loading...

0 Response to "Doktor Semalam Macam S**L"

Post a Comment