loading...
PEMANDU lori yang menjadi viral selepas kena belasah dengan lima lelaki pada hari khamis lalu tampil menceritakan kisah sebenar sepanjang kejadian yang berlaku tempoh hari.
Beliau yang dilaporkan turut serta dalam himpunan aman pemandu-pemandu lori berdekatan tol Sungai Besi, sebagai menunjukkan sokongan kepadanya telah ditemubual bagi menceritakan perkara yang berlaku dari pihaknya.
BACA — Pemandu lori berhimpun tanda sokongan kepada rakan yang kena belasah
Ikuti temubual berikut
Adakah awak berkasar dengan dia semasa kejadian itu, atau dia yang dulu berkasar dengan awak?
Dia yang dulu berkasar dengan saya.
Awak yang melanggar dia atau dia yang melanggar awak?
Saya yang melanggar (kereta) dia, sebab kereta dia tak ada orang.
Kereta tak ada orang, kereta parking ke?
Kereta parking.
Lepas tu macam mana bodyguard dia datang pukul awak, terus dia serang tiba-tiba (atau) macam mana?
Dia datang, saya tanya dia dulu, ini kereta abang ke? Lepas tu dia cakap ini lori siapa? Lepas tu saya tanya lagi, ini kereta abang ke? Ini lori siapa? Lepas tu saya tanya lagi, ini kereta abang ke? Dia terus cakap ini lori siapa?
Lepas tu saya cakap, ini lori saya, lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul saya.
Maknanya awak tak ada berkasar dengan dia?
Tak ada, dia pukul saya lepas tu...
Jangan takut cerita je, cover banyak jangan risau,
Lepas tu dia tarik saya, pergi dekat belakang pintu kereta dia, lepas tu dia tarik saya dekat baju, dia macam, macam nak gaduh la, dia tarik saya, saya tarik dia, tengok apahal dia ni tiba-tiba tumbuk saya.
Ada tak awak nampak macam orang arahkan untuk pukulkan awak, ke arahkan seseorang untuk memukul awak, ada nampak macam tu tak?
Tak saya tak tahu, saya ingat dalam saya rasa-rasa seorang pukul saya, dua orang tendang saya, itu je yang saya ingat, masa saya yang rasa.
Dengan tiba-tiba awak diserang?
Tiba-tiba saya tak tahulah, sebab saya baru tengok, yang first masuk facebook tu, ramai tendang saya.
Ada yang halang you buat laporan Polis tak?
Yang...
Beritahu je jangan takut, awak punya payung besar sini, semua abang lori jangan risau.
Yang halang tu ada, tapi dia cakap dekat saya punya boss, dekat saya punya majikan...
Cakap aje apa yang diorang cakap tu, ada ugutan ke apa ke cakap! Ada tak awak diugut apa-apa ke, macam ancaman ke mesej atau melalui mulut, macam mana ada tak?
Tak ada, boss bagitahu saya yang diorang ni, group apa macam gangster besar — EdisiRakyat.com, 22 Januari 2017
Sumber — Video Temubual
loading...
0 Response to "Boss bagitahu mereka 'gangster besar' kata pemandu lori yang kena belasah"
Post a Comment