Ulat Resdung Keluar daripada muka? Masyarakat Malaysia ditipu lagi

loading...

Ulat Resdung Keluar daripada muka? Masyarakat Malaysia ditipu lagi
Baru-baru ini telah viral cara rawatan untuk mengeluarkan ulat Resdung daripada muka. Dikatakan Ulat Resdung merupakan salah punca seseorang itu menghidapi masalah resdung seperti gatal hidung, selalu bersin, muka berjerawat dan sebagainya

Caranya mudah iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan sahaja. Sebatian yang terhasil daripada bahan-bahan tersebut dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung yang terdapat di dalam kulit muka.

Cara rawatan yang dikatakan mampu mengeluarkan ulat resdung daripada kulit muka
Disini saya ingin beritahu bahawa rawatan yang sebenar untuk mengeluarkan ulat resdung bukanlah seperti yang diterangkan. Rawatan yang sebenar adalah dengan menggunakan LIPAS TANAH.
Jika dilihat daripada carian di dalam youtube dan google, anda boleh menemukan banyak rawatan yang mengeluarkan ulat tersebut adalah dengan menggunakan lipas tanah

GUNA LIPAS. BUKAN GUNA DAUN PANDAN DAN LIMAU NIPIS

Cara rawatan yang sebenar adalah menggunakan lipas tanah dan telah dimulakan beberapa tahun dahulu oleh orang-orang kampung.

Ketika rawatan dibuat, badan lipas akan dipotong supaya nampak isi dalamnya. Isinya inilah yang disapu diatas muka pesakit untuk tujuan perubatan.

Ulat kecil yand kelihatan pada muka pesakit dikatakan berasal daripada dalam kulit muka. Ia dipanggil sebagai ulat resdung

Pesakit pun balik dengan perasaan gembira sebab ulat resdung telah dikeluarkan

Badan lipas yang digunakan untuk mengeluarkan ulat daripada muka pesakit.(Sebenarnya ulat itu sendiri adalah berasal daripada dalam badan lipas itu sendiri)

LIPAS MERUPAKAN PERUMAH BAGI PELBAGAI JENIS PARASIT
Tahukah anda bahawa lipas merupakan salah satu serangga yang membawa pelbagai jenis parasit termasuk virus, bakteria dan kulat(fungi).

Satu kajian mengenai lipas telah dibuat di Africa. Ia melibatkan 6000 lebih ekor lipas. Pemeriksaan telah dijalankan pada organ-organ serta sistem pencernaan lipas-lipas tersebut dan mendapati wujudnya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides. Bukan itu sahaja ia juga mempunyai pelbagai parasit yang lain.

Oleh itu, jika anda sapukan bahagian dalam lipas itu pada permukaan dinding sekalipun, ia masih akan mengeluarkan cacing-cacing tersebut.

RESDUNG
Orang melayu selalu mengaitkan penyakit resdung ini dengan berbagai perkara. Ada yang kata ada HAMA dalam kulit muka. Tak lupa juga mengatakan wujudnya ulat resdung di dalam muka.
Semua perkara ini adalah sesuatu yang salah.

Dalam istilah perubatan, resdung juga dikenali sebagai Allergic Rhinitis. Ia merupakan salah satu jenis masalah alahan(allergy) sama seperti penyakit eczema dan asma. Jika pesakit terkena sesuatu yang dia alah padanya, maka dia akan mendapat simptom-simptom tersebut
Pesakit ini mempunyai 4 simptom yang selalu dihadapi oleh mereka iaitu:
– Hidung sumbat
– Gatal hidung
– Selalu bersin
– Selalu selsema

RAWATAN
Rawatan yang paling utama bagi penghidap penyakit ini adalah mengelakkan diri daripada benda yang menyebabkan allergic rhinitis itu berlaku
Elakkan daripada terdedah pada habuk

Elakkan bermain selalu dengan haiwan perliharaan. Jika bermain, basuh tangan selepas itu
Selalu mengemas rumah supaya rumah tidak berdebu

Gunakan tikar ataupun karpet yang tidak memerangkan habuk

Jika simptom resdung berlaku, sila berjumpa mana-mana perawat kesihatan. Selalunya jika simptom resdung sangat kerap berlaku, pesakit akan dirujuk pada pakar otolaryngology.
figure-02Bahan yang menyebabkan alahan perlu cuba untuk dielakkan

Kesimpulan

Cara rawatan resdung seperti ini tidaklah mengeluarkan ulat resdung ataupun menyembuhkan resdung. Malah ia meletakkan risiko orang yang menggunakan rawatan ini dijangkiti parasit dan bakteria yang saya katakan di atas.
Selain itu, cara rawatan yang asal iaitu menggunakan limau nipis dan daun pandan juga belum lagi dibuktikan keberkesanannya.
Cara yang paling tepat adalah berjumpa dengan ahli yang tahu berkenaan rawatan Resdung(Allergic Rhinitis) Iaitu doktor

Rujukan:

1) Cockroaches as carriers of human intestinal parasites in two localities in Ethiopia. Kinfu A, Erko B. Trans R Soc Trop Med Hyg. 2008 Nov;102(11):1143-7. doi: 10.1016/j.trstmh.2008.05.009. Epub 2008 Jun 25.
loading...

0 Response to "Ulat Resdung Keluar daripada muka? Masyarakat Malaysia ditipu lagi"

Post a Comment