Orang tua ini akan hentikan kerosakan Najib kepada negara, kata Tun Mahathir

loading...


DR MAHATHIR KHUATIR MALAYSIA AKAN BANKRAP AKIBAT PERBELANJAAN DAN PINJAMAN BERBILION RINGGIT YANG DILAKUKAN NAJIB

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berterus-terusan berkempen untuk menukar kerajaan bagi menghentikan kehancuran yang dilakukan Perdana Menteri Najib Razak kepada negara.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, dengan bermacam perkara yang dilakukan Najib, sukar bagi orang tua yang berusia 90 tahun sepertinya untuk duduk diam tanpa melakukan apa-apa untuk menghentikan Najib.

“Ya saya sedang bersiap sedia untuk akhirat, tetapi saya masih mempunyai masa untuk melakukan perkara lain.

“Dan perkara lain yang saya boleh lakukan adalah meminjamkan idea menghalang kerosakan yang dilakukan kepada negara oleh Najib,” kata Dr Mahathir, di laman blog miliknya, www.chedet.cc lapor portal Berita Daily.

Dr Mahathir berkata, beliau khuatir Malaysia akan bankrap dengan perbelanjaan dan pinjaman berbilion ringgit yang dilakukan Najib kerana Malaysia tidak akan mampu untuk membayar kembali hutang yang besar.
loading...

0 Response to "Orang tua ini akan hentikan kerosakan Najib kepada negara, kata Tun Mahathir "

Post a Comment